Tuesday 30 December 2014

Helicopter lebih utamakan VVIP dari mangsa banjir yang nazak dakwa Pegawai Perubatan...

Selasa, 30 Disember 2014
Cerita ini datangnya dari Facebook seorang Pegawai Perubatan yang bertugas di sebuah Klinik Kesihatan di Kota Baharu yang turut terlibat membantu menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Kelantan.

Dalam catatannya beliau mendedahkan bagaimana sebuah helikopter yang terbang kehulu-hilir dikawasan bencana lebih mengutamakan seorang VVIP dan membawa seorang pesakit yang berada dihujung nyawa...

Posted by Anak Sungai Derhaka 

Uhuk uhuk uhu...
Hebat sungguh..

Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan....ini kut slogan bingai BN slme ni....puiii
2 hrs · 
 

Biar Gambar Berbicara...
"PEMIMPIN DIDAHULUKAN..."

Biar keluhan rakyat (doktor) menceritakan segala2nya... Sungguh besar pengorbananmu Dr. Afiq Rahim. Semoga Allah membalas segala jasa & kebaikanmu kelak...


#SHAMEonYouKERAjaan
Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP meninjau banjir

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu. 

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

 Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian. Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter. 

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir. “Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. 

idak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook. Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan. “Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting. 

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena