Wednesday 31 December 2014

Mercu tanda Temerloh tenggelam hampir lenyap! "Dah tak ada apa dah....

Khamis, 1 Januari 2014
MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak



Antara binatang yang berjaya menyelamatkan diri. Lokasi di Temerloh, Pahang
 — with Siti Norfadlina Osman and Awin Arwin.

Temerloh: ‘Dah tak ada apa’ 
Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid
Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung. 

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu. 

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan. 

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu. 

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya. Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT. 

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya. "Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut. 

“Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi. "Saya tidak tahu apa nak buat. 

Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya. Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang. 
NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid 
Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena