Friday 26 December 2014

Sidang Khas DUN Kelantan untuk 'Meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993' mungkin ditangguhkan?

Jumaat, 26 Disember 2014

Nampaknya sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 berkemungkinan akan ditangguhkan kepada tarikh lain susulan bandar Kota Bharu sudah dinaiki air beberapa hari lalu. 

Saya tidak pasti kenyataan Setiausaha PAS kali ini boleh dipakai atau tidak? Ramai yang keliru, siapa yang lebih berkuasa MSU atau JKPP? Walau apa pun yang menariknya ialah dibahagian akhir kenyataan Mustafa Ali yang menyebut :

Dalam pada itu, Mustafa berkata lagi, Pas Pusat juga akan menangguhkan taklimat khas mengenai pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang dijadualkan pada Ahad ini.  

"Penangguhan itu dibuat memandangkan ramai pimpinan Pas kemungkinan tidak dapat hadir kerana terlibat membantu mangsa banjir.  

"Secara rasminya, perjumpaan pada 28 Disember ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian," katanya.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena