Tuesday 30 December 2014

PENDUDUK KAMPUNG BERGADUH kerana bantuan makanan! Mereka diserang dengan parang?...

Rabu, 31 Disember 2014

Sungguh mereka tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri.. jelas mereka memperlihatkan perlakuan buruk sebagai pemimpin ...

Kemana agaknya mereka menghilang?

Ten Tendi hilang terus pun x per..rakyat gembira.. buat semak jer lam m'sia.



Sungguh mereka tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri.. jelas mereka memperlihatkan perlakuan buruk sebagai pemimpin ...

Kemana agaknya mereka menghilang?

PENDUDUK KAMPUNG BERGADUH KERANA BANTUAN MAKANAN


Mangsa banjir terpaksa tadah air hujan untuk minum.....


Lepas zohor saya di kunjungi sekumpulan NGO dari KL yang sangat hebat ... mereka turun rumah dari KL pukul 4.00 pagi tadi bersama barang2 bantuan untu membantu misi kita ... TAHNIAH untuk Azila dan family ...so kebetulan masa tu saya nak pecut ke Kampung Tualang dan kampung2 pedalaman kuala krai maka saya bawak mereka terus bersama saya ...

Kami sebenarnya tak makan apa2 lagi dari pagi masa tu ... tak terlintas nak makan dan tak rasa nak makan ... urusetia ada bekalkan nasik 5 bungkus tapi sampai lokasi mangsa, kami bagi semua nasik untuk kami tu ... tak sampai hati dan tak sanggup lagi dah nak makan ... mereka dah 6 hari tak dapat apa2 bekalan ...

Tersadai di ma'had tahfiz jauhhhh di pedalaman ...

Pusat tahfiz tu bukan pusat perpindahan banjir berdaftar dan semalam mereka bagi tahu mereka diserang dengan parang oleh orang kampung sebelah yang jauhhhh di lagi ke pedalam kerana yg satu lagi tu dapat tahu mereka di ma'ahad tahfiz tu mewah dengan makanan walhal mereka hanya minum air hujan dan tak dapat apa2 bantuan pun ...

Dalam hati saya bila keadaan terdesak kemarahan dan nafsu akan menguasai ...
So sempatlah bagi tazkirah sikit pesanan dan nasihat agar sentiasa redha, solat jgn tinggal dan beroa ... jangan bergaduh ...

Nasib baik ada bawak jugak bekal makanan ... esok kami datang dengan lori ya ...
InsyaAllah ...


SIAPA  DIA  Raja Shamri.....Beliau begitu aktif membantu mangsa-mangsa banjir.....di sini page beliau  >>>> RAJA SHAMRI

Saya dan Dr Hadi tak sangka akan jadi macam ni ... sekarang seluruh negeri kelantan macam refer kat kami untuk edarkan barang2 bantuan mahupun untuk serahkan barang2 ...

Ya Allahhhh ... takutnyaaaaaa ... rasa macam tak termampu nak buat ...

Kalau tuan2 pergi sendiri ke lokasi banjir ni ... tuan2 akan tahu sendiri kebanyakan tempat tu 6 bulanpun belum tentu boleh jadi seperti biasa.

Ada tadi terjumpa seorang mangsa berjalan2 sorang2 dengan lumpur penuh badan ... saya tanya nak kemana ni ? Dia kata tak tahu ... rumah dia dah takde ...

So kerja kita ni bukan seronok2 ... bukan nak dapatkan nama atau penghargaan sesiapa ... Hanya satu je ... ATAS DASAR KEMANUSIAAN ...

Kepada anak-anak atau saudara mara mangsa yg berada di luar kelantan ambillah masa untuk pulang bercuti sekejap sehari dua lagi sama2 rasai derita dan sama2 plan untuk bantu ya ...

It's so terrible !



ANTARA SUKARELAWAN2 YANG TERLIBAT.....



#banjirkelantan
#banjirkualakrai
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena