Thursday 4 December 2014

Kastam Brunei 'CEKUP' Kastam Malaysia (menyeludup arak dan rokok)...Guna kenderaan 'Kerajaan BN?' pulak tuh!

Khamis, 4 Disember 2014
PEGAWAI KASTAM KENA CEKUP DENGAN PIHAK BERKUASA KASTAM BRUNEI KERENA MELAKUKAN AKTIVITI PENYELUDUPAN DENGAN MENGGUNAKAN KERETA RASMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (KDRM)

Kecuh gegak gempita hiruk pikuk bising berdegar riuh rendah di laman sosial betapa seorang Pegawai Kastam DiRaja Malaysia kena cekup dengan Pegawai Kastam Brunei kerana kesalahan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras (beer) dengan menggunakan kereta rasmi Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Nissan X-Trail.

 Pegawai Kastam berkenaan dikhabarkan berkhidmat di Kastam bahagian Limbang, Sarawak. Telah pun diheret ke Mahkamah Brunei mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda B$ 130,000.00 (Brunei Dollar seratus tiga puluh ribu) bersamaan lebih kurang RM338,000.00 ( Tiga ratus dan tiga puluh lapan ribu ringgit). 

Sehingga kini masih tiada sebarang respon maupun kenyataan rasmi dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengenai insiden yang cukup memalukan ini. 

Pegawai Kastam diberi amanah dan tanggung jawab untuk membenteras penyeludupan tetapi ada juga pegawainya yang aktif melakukan penyeludupan dengan menggunakan kereta rasmi KDRM lagi. 

Selalu hukuman kepada penyeludupan kereta atau kenderaan digunakan akan dirampas . Apakah kereta rasmi KDRM ini juga turut di rampas? 

Mohon KDRM respon segera demi pencerahan dan kebenaran.
Posted by OMAK KAU

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena