Monday 1 December 2014

[Video] ‘Ketuanan Melayu’ Apa remaja melayu dapat?...Tidak wajar kita melaung-laungkan ‘ketuanan’ lagi - Rafidah

Selasa, 2Disember 2014



Photo: Sokong 101% kekal akta HASUTAN ....
Sokong 101% kekal akta HASUTAN ....

Photo: SETELAH TIDAK MEMPUNYAI APA-APA JAWATAN DALAM PARTI DAN KERAJAAN, AKHIRNYA RAFIDAH AZIZ KATA ORANG MELAYU TIDAK LAGI WAJAR TUNTUT PEMBELAAN.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/setelah-tidak-mempunyai-apa-apa-jawatan.html
SETELAH TIDAK MEMPUNYAI APA-APA JAWATAN DALAM PARTI DAN KERAJAAN, AKHIRNYA RAFIDAH AZIZ KATA ORANG MELAYU TIDAK LAGI WAJAR TUNTUT PEMBELAAN.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/setelah-tidak-mempunyai-apa-apa-jawatan.html
 — with Adah Amir and 2 others.
Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan orang Melayu tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan atas nama ketuanan Melayu kerana dasar yang diwujudkan kerajaan sejak 1970 sudah banyak membantu kaum berkenaan. 

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata hasil dasar kerajaan yang digubal bagi membantu kaum Melayu, golongan yang menerima manfaat itu seharusnya sudah boleh menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan.  “Orang Melayu sendiri tidak lagi wajar menuntut segala pembelaan, semata-mata untuk menekankan ‘ketuanan Melayu’. 

Dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan sejak 1970, sudah dapat diwujudkan generasi baharu anak Melayu dan Bumiputera, yang cemerlang dalam bidang masing-masing. “Mereka boleh diketengahkan sebagai lambang keupayaan orang Melayu dan Bumiputera untuk menerap ilmu dan pengetahuan serta bersaing pada tahap tinggi dengan pihak lain di dalam dan di luar negara,” katanya menerusi rencana yang disiarkan Utusan Malaysia. 

Rafidah berkata ramai anak generasi Melayu dan Bumiputera sudah berjaya muncul sebagai ‘tuan’ dalam konteks mampu mengendali dengan jaya perusahaan sendiri dan menentukan masa depan ekonomi masing-masing. Katanya, legasi kecemerlangan dan kejayaan golongan itu akan menjadikan kenyataan ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ ditambah pula dengan kejayaan generasi Melayu dan Bumiputera selepas mereka. 

“Mereka mampu bersaing di peringkat serantau dan global serta menjadi kebanggaan bangsa sendiri juga negara. “Pendek kata, dengan prestasi dan kejayaan dalam bidang masing-masing, mereka menunjukkan mereka mampu menguasai dalam bidang yang mereka ceburi. “Mereka dapat merealisasikan ‘ketuanan Melayu’ dalam erti kata yang sebenarnya,” katanya menerusi artikel yang bertajuk 'Saya rakyat Malaysia'. 

Beliau yang juga pengerusi AirAsiaX berkata dengan kemajuan dan perubahan di peringkat serantau mahupun global, slogan ‘ketuanan bangsa’ tidak boleh dilihat dalam konteks negara sendiri saja. Katanya, ukuran ‘ketuanan’ tersebut mesti dilihat merentasi batasan dan sempadan negara, hingga mampu ‘menakluk’ dunia dengan pencapaian cemerlang yang ditanda aras dengan penilaian global. 

“Minda kita wajar lebih luas menghala kepada dunia di luar batasan sempit masyarakat dan negara sendiri. “Anak muda mesti diasuh untuk sentiasa berusaha mencapai kejayaan lebih tinggi. Janganlah mereka hanya memahami tentang ‘ketuanan’ bangsa semata-mata dalam konteks sempit peruntukan Perlembagaan negara atau pun politik. 

‘Ketuanan’ bangsa mesti diberi tafsiran baru, selaras dengan lonjakan negara untuk mencapai status negara maju. Tidak wajar kita sentiasa melaung-laungkan mempertahankan ‘ketuanan’ bangsa hanya di kalangan sesama rakyat Malaysia serta hanya bersandarkan ‘hak’ tertentu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena