Kredit 1 Suara Sabah
bila hari hujan, maka basahlah pesakit
bila hari panas terik, maka basahlah pesakit dengan peluh
bila ada ombak, maka basahlah pesakit kena air sungai
ini lah nasib kita di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Malaysia sudah 51 tahun, cukup sudah kita menderita
Sabah dan Sarawak mesti menentukan nasib sendiri dan bebas daripada cengkaman Persekutuan Malaya yang menyamar menjadi Malaysia.
bila hari hujan, maka basahlah pesakit
bila hari panas terik, maka basahlah pesakit dengan peluh
bila ada ombak, maka basahlah pesakit kena air sungai
ini lah nasib kita di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Malaysia sudah 51 tahun, cukup sudah kita menderita
Sabah dan Sarawak mesti menentukan nasib sendiri dan bebas daripada cengkaman Persekutuan Malaya yang menyamar menjadi Malaysia.
Mahathir Dan Najib Kecut Perut Dengar Berita Ini...
KOTA KINABALU, 10 DIS: Berdasarkan bukti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCIIIS) ada dua isu besar menunjukkan jenayah pemberian kad pengenalan benar-benar berlaku.
Justeru itu, Pakatan Rakyat Sabah dalam satu kenyataannya semalam tidak mahu menerima kesemua kandungannya, kerana tidak mempunyai ringkasan bukti 18 dari 211 saksi dalam laporan tersebut.
Pakatan Rakyat Sabah juga kesal dengan tindakan anggota siasatan yang tidak menandatangani laporan itu, namun ia tetap diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, dari keterangan lima bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, tindakan itu dibuat dengan unsur politik.
“Jelas ada aktiviti rahsia melibatkan pegawai-pegawai senior dalam Jabatan Pendaftaran Negara yang bertindak atas arahan-arahan politik ketua mereka,” kata Lajim dalam satu kenyataan.
Namun katanya di sebalik fakta itu ada penafian terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti rahsia sewaktu siasatan semasa mereka ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Difahamkan Laporan RCI menyatakan pemberian kad pengenalan itu dibuat hanyalah bertujuan untuk mendapat habuan wang ringgit.
Justeru itu, Lajim yang juga ADUN PKR Klias mendesak kerajaan bertindak berdasarkan Laporan RCI yang menyatakan wujud kemungkinan sindiket pemberian kad pengenalan kepada PATI.
Satu laporan dibuat di Balai Polis Karamunsing bersama-sama Pengerusi DAP SabahJimmy Wong dan Pesuruhjaya PAS Mohamad Aminuddin bagi menyiasat jenayah ‘Projek IC’.
Posted by Addin
0 comments:
Post a Comment