Showing posts with label Projek IC. Show all posts
Showing posts with label Projek IC. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Jenayah ‘Projek IC’ - Mahathir dan Najib 'Kecut Perut' dengar berita ini! M'sia sudah 51 tahun, cukup sudah kami menderita...

Khamis, 11 Disember 2014
Photo: Kredit 1 Suara Sabah 

bila hari hujan, maka basahlah pesakit
bila hari panas terik, maka basahlah pesakit dengan peluh
bila ada ombak, maka basahlah pesakit kena air sungai
ini lah nasib kita di pedalaman Sabah dan Sarawak. 
Malaysia sudah 51 tahun, cukup sudah kita menderita

Sabah dan Sarawak mesti menentukan nasib sendiri dan bebas daripada cengkaman Persekutuan Malaya yang menyamar menjadi Malaysia.
Kredit 1 Suara Sabah

bila hari hujan, maka basahlah pesakit
bila hari panas terik, maka basahlah pesakit dengan peluh
bila ada ombak, maka basahlah pesakit kena air sungai
ini lah nasib kita di pedalaman Sabah dan Sarawak. 
Malaysia sudah 51 tahun, cukup sudah kita menderita

Sabah dan Sarawak mesti menentukan nasib sendiri dan bebas daripada cengkaman Persekutuan Malaya yang menyamar menjadi Malaysia.

Mahathir Dan Najib Kecut Perut Dengar Berita Ini...


KOTA KINABALU, 10 DIS: Berdasarkan bukti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCIIIS) ada dua isu besar menunjukkan jenayah pemberian kad pengenalan benar-benar berlaku.


Justeru itu, Pakatan Rakyat Sabah dalam satu kenyataannya semalam tidak mahu menerima kesemua kandungannya, kerana tidak mempunyai ringkasan bukti 18 dari 211 saksi dalam laporan tersebut.

Pakatan Rakyat Sabah juga kesal dengan tindakan anggota siasatan yang tidak menandatangani laporan itu, namun ia tetap diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, dari keterangan lima bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, tindakan itu dibuat dengan unsur politik.

“Jelas ada aktiviti rahsia melibatkan pegawai-pegawai senior dalam Jabatan Pendaftaran Negara yang bertindak atas arahan-arahan politik ketua mereka,” kata Lajim dalam satu kenyataan.

Namun katanya di sebalik fakta itu ada penafian terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti rahsia sewaktu siasatan semasa mereka ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Difahamkan Laporan RCI menyatakan pemberian kad pengenalan itu dibuat hanyalah bertujuan untuk mendapat habuan wang ringgit.

Justeru itu, Lajim yang juga ADUN PKR Klias mendesak kerajaan bertindak berdasarkan Laporan RCI yang menyatakan wujud kemungkinan sindiket pemberian kad pengenalan kepada PATI.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Karamunsing bersama-sama Pengerusi DAP SabahJimmy Wong dan Pesuruhjaya PAS Mohamad Aminuddin bagi menyiasat jenayah ‘Projek IC’. 
Posted by 

Read More

Sunday, 10 March 2013

LAHAD DATU:*Video Kejam Potong Leher & Ngeri Potong Jari PROJEK IC UMNOBN Di Sabah...

Ahad, 10 Mac 2103
*Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu
Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia Berlaku Di Mexico!!!


Cai sekoq ni kalau jib kencing dia kata lembu yang kena seblih tu anwar, mesti percaya pa, memang setan cai sekoq ni, kan dah kantoi.....!!!

Polis telah memberi amaran mengenai kejadian video orang yang dipenggal kepalanya yang didakwa adalah anggota polis semasa kejadian di Semporna...Mohon saudara dan saudari untuk memberhentikan penyebaran tersebut kerana Video itu adalah palsu. Video sebenar ini berlaku di Mexico..disertakan link berkaitan. Mohon share supaya tiada orang lagi yang tertipu....

Rujuk Sini - http://www.bestgore.com/beheading/man-fingers-cut-off-beheading-narcos-mexico/

Betul kat orang-orang bijak pandai berpolitik, cai ni memang kuat auta...memang betul..diorang ni kuat auta...putaq belit...tentera dan polis buat latihan kat lahad datu pun dikatakan perang dengan tentera sultan sulu....
Oh Rakyat.blogspot
*Berita Palsu
SADIS & KEJAM - Keterangan Gambar Juga Bukan di Malaysia
Accident victims or....
..victims of wild animals or....
...he killed?
Posted by Aiyang disayang


*Berita Benar
PATI : MAFIA POLITIK DI SABAH?
SAKSIKAN VIDEOKLIP KHAS
PATI paling kebal undang-undang, Arsad Alwi masih lagi bertugas di SMK Balung serta menerima gaji penuh walaupun namanya telah disahkan sebagai tidak wujud dalam sistem JPN.

Bahkan beliau semakin galak mempersendakan undang-undang Malaysia  setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berani mengambil sebarang tindakan ke atasnya.

Slip gaji berikut membuktikan Arsad Alwi masih menerima gaji dan masih lagi berkhidmat di SMK Balung kerana tiada tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan memiliki IC Palsu setelah pemilik asal dan beberapa pihak membuat puluhan laporan polis.
Kes Arsad ini menunjukkan satu lagi kepincangan kerajaan BN dalam menguruskan isu pemalsuan dokumen sekalipun RCI sudah dilancarkan dan pelbagai pihak telah memberikan keterangan.

Semoga insiden Tanduo menjadi pengajaran kepada kerajaan yang selama ini cuai menjaga perbatasan negara sekalipun pasukan keselamatan kita dilengkapi dengan persenjataan canggih tetapi masih cuai menjaga kedaulatan negara sehingga mengorbankan jiwa perajurit yang tidak berdosa.

Bolosnya 'Kedaulatan' ini akibat daripada sikap tidak amanah mereka yang memberikan Mykad dan membuka pintu seluasnya kepada PATI untuk masuk dan menjadi koloni yang kemudiannya menjadi tapak pembiakan kegiatan keganasan di Sabah.

Lebih daripada itu, ramai PATI yang mengklon kad pengenalan Anak Negeri Sabah dan hidup senang lenang di atas penderitaan orang lain. Video ini adalah paparan sebenar penderitaan Anak Negeri Sabah di ambang RCI yang semakin pudar. [Amaran : bahagian awal video ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Video ini juga boleh ditonton dalam bentuk kualiti HD]
Posted by sabahkini.net at 6:01 PM Saturday, March 9, 2013
kelapamawar.blogspot
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena