Friday, 12 December 2014

[Video] 'Miang Mexico' meliar di Kedah...Gatal giler, perlu dihapuskan segera!

Sabtu, 13 Disember 2014







Rumpai gatal giler
RUMPAI pathenium hysterophorus yang ditemui di Kampung Baru Saga, Rantau, Negeri Sembilan
Seremban: “Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat.”
Itu peringatan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Miang Mexico oleh penduduk tempatan di negeri ini.
Tumbuhan itu yang nama saintifiknya parthenium hysterophorus hangat diperkatakan penduduk Kampung Baru Saga di Rantau, dekat sini, kerana dikatakan menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami penyakit kulit yang serius.
Mustapa mengesahkan tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia.
“Tumbuhan mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi. myMetro

Kedah paling banyak ditumbuhi rumpai Mexico

ALOR SETAR - Kedah mencatatkan jumlah tertinggi kawasan ditumbuhi rumpai miang Mexico di semenanjung Malaysia apabila mencatatkan keluasan 13 hektar melibatkan sembilan kawasan.

Manakala Perak mencatatkan keluasan lapan hektar (enam kawasan), Negeri Sembilan seluas 4.8 hektar (dua kawasan), Johor merekodkan 0.9 hektar (sembilan kawasan), Selangor dengan 0.7 hektar (satu kawasan) dan Melaka 0.08 hektar (satu kawasan) berdasarkan kepada hasil bancian Jabatan Pertanian sehingga 5 Disember lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, kes pertama yang dikesan di negeri ini adalah di Kampung Sungai Pasir, Sungai Petani pada Oktober tahun lalu susulan penemuan awal pada September tahun sama di Ulu Yam Bharu, Selangor oleh seorang profesor dari Universiti Malaysia Kelantan.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini tumbuhan berkenaan dikesan semakin aktif merebak di beberapa kawasan termasuk tepi jalan, kawasan perumahan, kawasan ternakan dan tanah persendirian.
Keburukan dan khasiat rumpai Parthenium Hysterophorus
Parthenium hysterophorus is a species of flowering plant in the aster family, Asteraceae, that is native to the American tropics.[1] Common names include Santa Maria Feverfew and Whitetop Weed.[2] It is a common invasive species[3] in India,[4] Australia, and parts of Africa. P. hysterophorus invades all disturbed land, including farms [5][6][7][8][9] pastures, and roadsides. In some areas, outbreaks have been of almost epidemic proportions, affecting crop production, livestock and human health.[10][11] In India, it is locally known as Congress Grass or Gajar Ghans.[12] It was first present as a contaminant in imported wheat.[13] It can trigger allergies and is a common cause of pollen allergy.
Toxicity
Contact with this plant causes dermatitis and respiratory malfunction in humans, dermatitis in cattle and domestic animals, due to the presence of toxin parthenin.[15][16] The presence of Parthenium pollen grains inhibits fruit set in tomato, brinjal, beans, etc., and is also responsible for bitter milk disease in livestock fed on grass mixed with its leaves.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena