Monday, 8 February 2016

AMANAH SELANGOR sedia bertanding di kerusi PAS..."PH perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat & negara".

Selasa, 9 Februari 2016

AMANAH SELANGOR sedia bertanding di kerusi PAS sekira tiada kerjasama PH & PAS

Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang.

Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini:

1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan.

2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH.

3. Tindakan ini bukan berasaskan dendam atau marah kepada PAS tetapi atas kesedaran bahawa pembangkang perlu bersatu atas satu platform jika ingin menumbangkan Umno/BN sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 12 dan 13. Dan platform yang dimaksudkan ialah Pakatan Harapan. Sehingga hari ini PAS menolak PH dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Umno. Maka kami dalam PH menganggap PAS akan menjadi lawan kami dalam PRU akan datang kecuali ada perubahan drastik pada kedudukan PAS sekarang.

4. PH menegaskan sekali lagi bahawa rakyat termasuk pembangkang perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat dan negara. Umno/BN sudah tidak relevan lagi, sudah rosak "beyond repair" dan mesti ditumbangkan dalam PRU 14. Kami masih membuka pintu pada semua yang sedia bersama PH untuk menentang BN. Tetapi pintu ini tidak terbuka sampai bila-bila kerana PRU 14 makin hampir.

Ir Izham Hashim
Pengerusi
AMANAH Selangor

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena