DULU DEPA BUANG PM KONONNYA SEBAB DIA SELALU TIDOQ...
Yong kesian kat pemimpin/penyokong-penyokong parti Melayu ni. Entah orang macam mana yang depa mahu jadi ketua.
Ini gambaran hari pertama jadi MB.
Yong tak mau memihak kepada Mukhriz atau kata "padan muka kat hang." Ini kerana Yong tahu paling kesian orang Kedah. Harga padi tetap merudum. Mukhriz jutawan. Dia boleh duduk diam-diam atas duit dia. Tak payah penin pikiaq lagu mana nak senangkan rakyat atau menangkan UMNO.
Amanah janganlah tunjuk kebuloq kat Mukhriz ni. Buat kerja hangpa.
Mukhriz, hang kalau berani, buatlah parti baru macam Anwar Ibrahim.
PRU14 dah dekat.
Ahmad Bashah 'Terlena' Juga Ketika Majlis Angkat Sumpah MB Walaupun Sudah diperingatkan Oleh Mukriz (Gambar)
Beliau dilihat memejamkan mata dalam tempoh agak lama sehingga ia boleh dirakamkan secara langsung di TV dan penonton mengambil kesempatan mengambil gambar beliau dalam keadaan 'terlena' itu menerusi skrin.
Gambar berkenaan tersebar begitu pantas di Internet termasuk ruangan sembang menerusi aplikasi telefon.
Bagaimanapun, tiada tanda-tanda menunjukkan Ahmad Bashah tertidur kerana kepalanya dalam keadaan tegak.
Bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya tidak terlena semasa majlis angkat sumpah.
Kira-kira seminggu lalu, Ahmad Bashah dirakamkan dengan matanya tertutup dan sebelah tangannya di bawah dagu pada satu majlis rasmi kerajaan negeri, dan dilaporkan telah tersebar di Internet.
Ahmad Bashah tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai gambar berkenaan kerana tugasnya menyaksikan penganugerah pingat kepada 200 penerima oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar. -mstar
- at 2/04/2016 05:46:00 PTG
KERENGGA
Biar tak pandai..
Biar tak belajar tinggi-tinggi...
Biar tak gila jawatan..
YANG PENTING ada pengalaman pejam mata hayati ucapan..
Sbb tulah Mukhriz letak jawatan kerana tidak ada bakat mcm Bashah.. upset emoticon
0 comments:
Post a Comment