Sunday 17 April 2016

"BN BERI NIKMAT" Ceramah pun Bersyarat? Zahid, Zahid! 4 lagi peluk Islam ketika Syarahan Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.

Ahad, 17 April 2016

Empat lagi individu peluk Islam ketika syarahan Zakir Naik

Page Liked · 11 hrs
 
Apakah yg sudah terjadi pada negara kita yg dipimpin oleh ketuanan Melayu-Umno ???

Tidak heranlah jika pemimpin Umno lebih rela cari redha duniawi berkiblatkan Umno berbanding cari redha Allah SWT...

"BN BERI NIKMAT" !!!


Allah SWT Berfirman dalam Surah An-Nasr;
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." (Ayat 1-3)
Hidayah itu hanya milik Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Bersama-samalah kita membimbing saudara baru kita.. InsyaAllah~

Empat lagi individu peluk Islam ketika syarahan Zakir Naik

Empat lagi individu memeluk Islam ketika syarahan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.
Mereka mengucapkan dua kalimah syahadah ketika sesi soal jawab.
Individu pertama mengucapkan kalimah itu ialah seorang lelaki dari Punjab India, Harinder Pal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi.
Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan penganut Roman Katolik pada awalnya.
"Saya mahu mengucapkan syahadah," katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.
Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul 12.05 tengah malam, beliau kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di sebelahnya dan terus dibawa pergi dari situ.
Individu ketiga mengucapkan pengakuan menyertai Islam ialah seorang wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas itu beliau dibawa pergi oleh penganjur.
Manakala syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi.
Katanya sebelum ini beliau telah mendalami Islam di Hidayah center.
Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013.
Kehadiran pengunjung pada awal malam diuji dengan keadaan hujan lebat.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.
Syarahan itu tamat pada jam 2.45 pagi.
Sejak tiba di negara ini pada 9 April lepas, ini merupakan ceramah pertama tokoh pendakwah terkenal itu di Kuala Lumpur selepas mengadakan ceramah di Terengganu.
Beliau dijangka berada di Melaka esok bagi meneruskan jelajah ceramahnya di Malaysia.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena