Tuesday 19 April 2016

Norazli Menang, Ertinya Sudah Boleh Keluar PAS Beramai-ramai..."Tidak menjadi kafir jika keluar PAS."

Selasa, 19 April 2016

Norazli Menang, Ertinya Sudah Boleh Keluar PAS Beramai-ramai


Mahkamah Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini telah memberi kemenangan kepada Norazli Musa, di dalam kes Norazli Musa lwn Ahmad Syihan bin Ismail. 

Hakim mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu "cermah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam (PAS) jatuh kafir" 

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM50 ribu beserta kos perbicaraan RM4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf. 

Norazli Musa yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini telah menyatakan di dalam wawancara beliau dengan TV Harakahdaily, organ PAS, menyatkaan bahawa kenyataannya telah diputarbelit. "Siapa keluar PAS, kafir.."  dan menjadi viral dalam laman sosial. 

Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Taliban menyatakan di dalam wawancara itu: 

"Saya mengeluarkan kenyataan bahawa hanya "jemaah Islam", saya tidak pernah mengeluarkan kata siapa yang keluar PAS itu kapir. Ini satu fitnah yang dilakukan kepada saya......" 

ULASAN GB
Walaupun Geng Ustaz bertempik sorak kerana keputusan mahkamah hari ini memberikan kemenangan kepada Presidennya Norazli, namun keputusan mahkamah itu juga mengesahkan bahawa PAS bukanlah satu-satunya jemaah Islam di dalam negara kita. 

Norazli menang, namun ia memberi makna bahawa ahli-ahli PAS kini sudah boleh keluar dari parti itu secara beramai-ramai kerana "tidak menjadi kafir jika keluar PAS."

Ia juga mengesahkan pendirian dan kenyataan Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ustaz Ahmad Awang seperti di bawah: 

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena