Monday 25 April 2016

PRN Sarawak - Lebuh 2 kerusi bagi free pada BN...'Neh kerja jahat sapa'? & Mana perjanjian tu? Campak longkang?

Isnin, 25 April 2016

Sebenarnya aku tak berapa minat nak kisah pasal PRN Sarawak.. tapi Sebab Kartel Azmin buat lawak hari ni konon2nya sebab prinsip nak lawan 5 Kerusi DAP, akhirnya lebuh 2 kerusi bagi free pada BN.. Apa yg penting.. Wan Azizah sebagai Presiden dan Rafizi sebagai SU Agong bermula pagi tadi sudah sah kan mereka tidak mengeluarkan sebarang surat watikah calon.. yg buat kerja jahat ni Kartel Azmin.. Selepas kenyataan bertulis Rafizi itu tersebar.. Azmin akhirnya mengaku..dia yg beri arahan.. katanya kononnya dia pertahan Prinsip.. ni lah cara orang bangang pertahan Prinsip.., kononnya nak pertahan 5 Kerusi.. last2 pi serah bagi kat BN 2 kerusi percuma.. tak ker gila.. akhirnya terlihat jelas wajah Jahat Azmin Ali dan Kartel nya.. apa yg berlaku takda kena mengena dgn Pakatan Harapan mahupun PKR.. Pakatan Harapan memang takda sebarang masalah bila segalanya sudah di persetujui di meja Rundingan..asal nya 15 kerusi jadi pertikaian, akhirnya baki kerusi yg jadi pertikaian, mereka rujuk kepada panel bebas untuk tentukan..Panel bebas tu bukan org Cina punya culaan.. tapi Merdeka Centre yg rata2nya org Melayu.. Semua dah setuju termasuk Azmin.. akhirnya Merdeka Centre sahkan kerusi yg jadi pertikaian itu milik DAP.. DAP memang tak salah langsung..begitu juga pemimpin Pakatan Harapan..yg buat gila ni kartel Azmin.. bayangkan DAP siap bagi muka kat PKR serahkan kerusi Selamat Dun Batu Kitang, yg juga kubu DAP pada PKR.. tapi kononnya nak pertahan prinsip.. depa gagah nak berlawan di 5 kerusi yg tak tentu menang.. last2 lebuh bagi free 2 kerusi pada BN..
ada yg tanya.. awat Wan Azizah tak berperanan.. Tu korang tak payah heran lah.. Tengok PRU13.. tengok Din Ayam sudah la.. Din Ayam tu bukan Sapa2.. takda jawatan pun.. Tapi kerja jahat dia, dia boleh rampas 5 kerusi PKR di Terengganu.. 1 kerusi masing2 di Pahang, Pulau Pinang (Sg Acheh) dan Selangor (Kota Damansara ).. ini berlaku dalam waktu Tok Guru Nik Aziz masih ada.. Anwar masih ada..dan PAS dikuasai pimpinan yg ada dalam Amanah hari ini.. Din Ayam boleh langgar keputusan yg dipersetujui Majlis Presiden Pakatan.. tapi yg Heran.. walaupun PAS langgar 5 Kerusi PKR masa tu..siap buat fitnah Pil kuda , Komunis bagai.. Boleh pulak si Azmin beralah dgn PAS.. opss lupa.. Haji Hadi tu bapak tiri dia..
Sebenarnya aku malas nak kisah kan PRN Sarawak ni.. bagi aku semua kerusi pembangkang akan kecundang.. bukan sebab rakyat Sarawak tak sokong.. tapi Regim Najib menggunakan seluruh jentera Kerajaan termasuk menyekat hampir semua pemimpin Pakatan Harapan.. bayangkan apa yg depa mampu buat untuk kuasai SPR.. bagi aku biaq semua kalah.. biaq depa semua ada akai.. aku tak berminat dgn PRN Sarawak.. cuma nak tengok trend dan Pola pengundian..
Bermula malam ini.. Marilah kita sama2 menentang Kartel Azmin merangkap anak angkat Mahathir bermula malam ini aku menyokong siapa saja yg mahu menyerang Azmin termasuk geng Chegubard dan Jebonesta.. teruskan..
Ipoh Mali
‪#‎prnsarawak‬ ‪#‎pkrsarawak‬ ‪#‎pakatanharapan‬ ‪#‎harapanbaru‬



Ketika pelancaran Pakatan Harapan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata:
"Di bawah perjanjian itu, pertandingan tiga penjuru yang melibatkan lebih daripada satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan, tidak akan berlaku lagi.
Pakatan Harapan, hanya akan meletakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya.
Ccalon-calon akan dipilih oleh parti masing-masing, manakala pengagihan kerusi akan diputuskan oleh sebuah jawatankuasa pilihan raya.
Semua keputusan mesti diluluskan oleh majlis presiden"
(https://www.malaysiakini.com/news/326082)
Pagi tadi, 5 kerusi bertindih antara PKR dan DAP.
Mana perjanjian tu? Campak longkang?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena