Thursday 21 April 2016

Siapa penghuni Smart Lokap (PDRM) satu hari nanti? Turunkan Najib... Kalahkan BN...Teruskan memberi tekanan...

Khamis, 21 April 2016
Page Liked · Yesterday
 
Terima kasih Najib kerana telah merasmikan Smart Lokap milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin..

Tidak mustahil kebobrokan pemimpin Umno akan jadi salah seorang dari penghuni Smart Lokap satu hari nanti ...!!!

Itu semua bergantung kpd undi anda & dgn izin Allah SWT..
Page Liked · 23 hrs
Page Liked · Yesterday
 Mulia sungguh Panglima Perang Orang Islam ni...
Page Liked · Yesterday
 
KENAPA skrg ini Dr. Mahathir bin Mohamad & kuncu2nya bermati2an hentam Najib Razak supaya Najib letak jawatan..??!!

JAWAPANNYA.. jika Najib kekal sehingga PRU14 Mahathir menjangkakan momentum yg ada skrg ini BN akan kalah pd PRU14 nanti.

KALAU BN KALAH.. maka 'Smart Lokap' mahupun tirai besi menanti mereka semua tak kira Najib atau Mahathir !!!

Deklarasi Rakyat.. Bebaskan Anwar... Turunkan Najib... Kalahkan BN...Teruskan memberi tekanan...

DEKLARASI RAKYAT DAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR

Walaupun ada yg cetek pemikiran mereka mendakwa sesiapa yg menyokong Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib maka mereka ini telah melupakan Anwar, namun bagi aku Deklarasi Rakyat itu lahir dari semangat atau roh DS Anwar itu sendiri.

Sebelum Anwar disumbatkan ke dalam penjara, Anwar sendiri mahu Najib letak jawatan ataupun diundurkan. Kelantangan Anwar itu mengakibatkan sekali lagi beliau terpenjara. Namun, semangat Anwar disambung pula oleh Kak Wan, isterinya yg juga Presiden KEADILAN dan juga Ketua Pembangkang. Maka, Kak Wan melalui Parlimen telah membuat ucapan di antara lain menyebut...

" Selamatkan Malaysia wajib bermula tanpa mengira apa jua fahaman politik mereka".

Kak Wan ntangkan oleh Najib. Sejarah tercipta melalui Kak Wan. Menolak bajet ini adalah usamencuba dengan kaedah membawa usul di Parlimen untuk menolak bajet yang dibeha simbolik untuk mendesak Najib letak jawatan. Usaha ini telah dijangka sukar namun usaha perlu dibuat.

Kini, telah diwujudkan Deklarasi Rakyat yang menjurus kepada mendesak agar Najib diturunkan dan terkandung di dalamnya beberapa tuntutan lain termasuk melakukan reform ke atas sistem yg telah rosak teruk termasuk reform terhadap institusi kehakiman.

Adakah menyokong Deklarasi Rakyat maka bererti kita tidak lagi berjuang untuk membebaskan Anwar? Sebelum ini kita giat melakukan kempen "Bebaskan Anwar" dan kempen ini masih berjalan dan aku di antara yg menandatangani menyokong pembebasan Anwar dan berkempen ke arah itu. Ke mana saja aku pergi, samada bertemu teman2 atau berceramah, isu Anwar tidak lekang dari mulut aku. Jujurnya, aku mula bersama Pembangkang tegar semenjak 1998, era reformasi, walaupun waktu itu aku masih berkhidmat di dalam tentera.

Aku menggunakan segala yang aku ada, samada melalui ceramah2 yg aku dijemput, samada melalui media sosial dan juga radio KOBAT FM yg aku selia, aku tidak pernah lupa insan bernama Anwar. Aku percaya bukan hanya ada satu atau dua kaedah saja yang boleh kita lakukan untuk memperjuangkan nasib Anwar. Tentu ada kaedah2 lain yang boleh kita cuba dan usahakan.

Kita telah mencuba dengan demonstrasi, kita cuba dengan kempen pembebasan Anwar, kita menulis tentang Anwar dan kita bercakap tentang Anwar. Sekarang diwujudkan pula Deklarasi Rakyat yang sememangnya amat digeruni oleh Najib. Najib takut dengan Deklarasi Rakyat ini kerana Deklarasi Rakyat ini telah berjaya menarik penyokong2 Umno sendiri untuk menentangnya.

Media2 kawalan Umno memainkan propaganda bahawa Deklarasi Rakyat itu adalah Deklarasi Mahathir - Kit Siang. Mereka mendakwa Mahathir telah digunakan oleh Pembangkang untuk menjatuhkan Umno/Bn. Peliknya, ada di kalangan kita pula mendakwa Pembangkang telah dipergunakan oleh Mahathir. Najib dan Umno takut kepada Deklarasi Rakyat yang akan memusnahkan dirinya dan Umno, tetapi kita jadi bodoh apabila kita takut kepada Mahathir 'pencen' yang menyokong kita. Pelik kan?

Deklarasi Rakyat aku sokong kerana aku yakin selagi Najib menjadi PM, usah berangan untuk kita bebaskan Anwar. Selagi sistem kehakiman tidak diperbetulkan, kita pasti berangan2 untuk melihat Anwar bebas segera. Kita kumpul jutaan tandatangan untuk bebaskan Anwar, namun yang paling penting Najib mesti turun segera dan perbetulkan sistem yg ada.

Walaupun ada kempen menandatangani Deklarasi Rakyat untuk jatuhkan Najib, kempen menandatangani pembebasan Anwar tidak boleh kita hentikan. Di mana saja kita berada dan apa jua program yang kita buat, isu Anwar mestilah dibawa terutamanya oleh pimpinan2 kita. Kita perlu sedar, majoriti yg menyokong Deklarasi Rakyat itu mahu Najib turun, mahu sistem negara ini diubah dan secara tidak langsung usaha untuk membebaskan Anwar lebih cerah.

Wfauzdin NS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena