Friday 22 April 2016

Dunia yang kian panas "Ia sudah banyak memberi, usah disakiti lagi".

Sabtu, 23 April 2016
"Ia sudah banyak memberi, usah disakiti lagi"
Saban tahun, hampir semua negara di seluruh dunia menyambut Hari Bumi Sedunia. Suatu sambutan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat untuk memelihara dan memulihara Bumi, juga sebagai simbolik apresiasi terhadap segala nikmat yang diperoleh daripadanya.
Dalam menghayati akan kepentingan dan kebaikan daripada sumber Bumi, Gaylord Nelson yang merupakan seorang Senator Amerika Syarikat dari Wisconsin telah memilih tanggal 22 April sebagai Hari Bumi Sedunia, kali pertamanya pada tahun 1970. Dimana beliau menyeru semua agar bermuhasabah seketika dan merenung segenap kelakuan manusia yang mengundang impak negatif terhadap bumi yang diduduki ini.
Seperti yang kita sedia maklum, segala bencana alam yang kita hadapi ini sedikit sebanyak diakibatkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Sikap manusia yang terlalu rakus meneroka alam demi pembangunan fizikal sehingga merosakkan ekosistem semula jadi. Sanggup mengkhianati bumi asalkan dapat mengaut keuntungan untuk kemewahan diri sendiri. Lebih menyedihkan, tiada lagi keindahan alam yang mampu diperlihatkan untuk generasi akan datang.
Impak negatif yang begitu jelas dan besar kesannya ialah kejadian pemanasan global. Lihat sahaja keadaan terkini, Malaysia dilanda fenomena El-Nino dan suhu telah mencapai lebih 38 darjah Celcius seolah-olah suhu panas di padang pasir. Akibat daripada peningkatan suhu yang mendadak, pelbagai lagi bencana alam yang menyusul seperti kebakaran hutan, jerebu dan peningkatan paras air laut. Dunia yang kian panas dan air laut semakin meningkat, mampukah anda membayangkan situasi mendatang?
Oleh yang demikianlah, beberapa pihak telah tampil ke hadapan dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar. Demi mengekalkan khazanah alam serta mengelak amukan bencana alam yang lebih teruk daripada sebelum ini. Antara usaha tersebut ialah aktiviti Earth Hour yang dijalankan serentak di seluruh dunia, iklan kesedaran dan kempen kitar semula.
Amanah juga tidak ketinggalan dalam usaha murni tersebut. Inisiatif yang diambil antaranya mewujudkan satu medium khas di laman Facebook mengenai alam iaitu 'Peduli Alam'. Ia bertujuan untuk mengajak masyarakat khususnya Malaysia agar cakna akan perihal alam sekitar dan bersama-sama menjaganya dengan sepenuh kasih sayang. Amanah sentiasa optimis bahawa tidak ada istilah terlambat dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Dengan itu, pihak Amanah Sabah menyeru kepada seluruh masyarakat agar mengubah gaya hidup kepada mesra alam dan mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. Malah Amanah Sabah juga menekankan bahawa kepedulian tentang bumi ini tidak seharusnya terhad pada tarikh 22 April sahaja. Menjaga alam sekitar adalah hak bersama dan bukannya individu. Tuhan telah memberi kita kesedaran melalui 'amukan alam', yang tinggal hanyalah mengajak manusia bersama mencapai kata sepakat untuk memelihara dan memulihara bumi.
Selamat Hari Bumi Sedunia.
JOM UNDI..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena