Thursday 21 April 2016

[Video] Perghh Panas! "TAK NAK BN dan Najib"...Jho Low harus pulang, mengadap PAC

Khamis, 21 April 2016


Perlaksanaan GST - Sarawak ada kuasa penentu. Tetapi Adenan selaku presiden BN Sarawak enggan bagi arahan engkar najib. Sapa ULUN Malaya?

UNDI BN Semenanjung & Sabah = 96
UNDI BN Sarawak = 23
UNDI Pembangkang = 81.

Sekiranya BN Sarawak menolak usul GST maka 104 menolak berbanding 96 menyokong.. Maka GST akan tertolak dan rakyat tidak akan susah. Apa kata Macai BN skrg? Sokong GST = Sokong Najib ... = Sokong penindasan RAKYAT SARAWAK#NoTOBN

Jho Low harus pulang, mengadap PAC - Kit Siang

Ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho or Jho Low harus pulang ke Malaysia dan menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung keterlibatan beliau dalam urusniaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang berkata, Jho Low seharusnya memberi keterangan kepada PAC kerana beliau lebih tahu banyak mengenai urusniaga firma pelaburan strategik yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
"Najib hanya tanda tangani dokumen; Jho Low adalah orang yang tahu bagaimana semua ini bermula, dan dia tahu lebih dari Najib," katanya dalam acara di Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh anaknya, Guan Eng bersama-sama Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.
Pada acara itu, Lim turut mempamerkan keratan akhbar yang menunjukkan kehadiran Jho Low di Pulau Pinang semasa pilihanraya umum 2013 bagi menyaksikan majlis penyampaian derma oleh 1Malaysia Penang Welfare Club.
Kementerian Kewangan, dalam jawapan balas di Parlimen pada Disember 2015, mengakui Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB bagi pihak keluarga diraja Arab Saudi tetapi tidak terlibat dalam rundingan.
Ujar Lim lagi, Jho Low berada di Pulau Pinang semasa kempen BN untuk menjatuhkan Ketua Menteri Guan Eng menerusi anjuran banyak majlis makan malam percuma dan pemberian tunai dalam skala yang besar.
Negara buat pertama kalinya berdepan skandal 'rasuah antarabangsa' sejak Najib memegang kuasa mulai 2009.
"Kita ada skandal berkembar -1MDB dan derma RM2.6 bilion, satu skandal besar yang mana rakyat Malaysia harus menanggungnya," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena