Saturday 23 April 2016

MyWatch: SPRM mesti siasat firma senjatapi anak IGP..."Buat lah pendedahan macam skrip 'Banglo LGE' setengah jam sehari selama sebulan"

Ahad, 24 April 2016
WOWW !!!... Yer ke ni ???
Ada sesiapa boleh bg pencerahan & kebenarannya ??
Nak info lanjut.. kena 'research' sendiri...
Page Liked · 9 hrs
 
WOWW !!!.. Artikel di NST yg m'laporkan pembabitan syarikat senjata api milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dilenyapkan ??

KENAPA JADI BEGITU ??... Adakah ada kuasa 'tangan ghaib' yg mengarahkannya ???

Anda boleh cuba di sini..
http://www.nst.com.my/news/2016/04/141004/igps-daughter-firearms-company-report-anyone-can-run-business-says-deputy-igp

Memang lah tak salah.. tapi kedudukan IGP tu boleh mengundang persepsi negatif terhadap rakyat..
Apa kata kami cadangkan pada TV3suku.. untuk buat liputan berita pendedahan setengah jam sehari selama sebulan.. Laporkan segala dokumen, carta & grafik lawa-lawa... buat lah pendedahan macam skrip 'Banglo LGE'...
BERANI TAK TV3suku NAK SENTUH ISU ANAK IGP !!!

MyWatch: SPRM mesti siasat firma senjatapi anak IGP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada syarikat senjatapi milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan.
Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, jika ada, maka ia berlaku konflik kepentingan.
Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sebagai mengulas artikelSarawak Report, yang mendakwa anak perempuan Khalid,Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).
Sanjeevan, bagaimanapun, berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak perempuan IGP.
Apabila dinyatakan bahawa IGP adalah orang yang akhirnya menandatangani sesuatu permit senjata, Sanjeevan bagaimanapun tidak bersetuju, dan berkata beliau percaya menteri dalam negeri yang berbuat demikian.
"Banyak permit senjata api telah dikeluarkan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP," katanya.
Sanjeevan menyebut tentang ketua kongsi gelap Ah Hai, yang dikaitkan dengan serangan bom tangan di Bukit Bintang pada 2014, dengan mendakwa bahawa senjata api lelaki itu diluluskan oleh menteri dalam negeri dan bukannya IGP.
Bagaimanapun, laman web Polis Diraja Malaysia menyatakan permohonan untuk senjata api mesti diluluskan oleh ketua polis daerah, sebelum ia dikemukakan kepada ketua polis negeri dan kemudian diserahkan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kelulusan IGP.
Polis kaji laporan
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.
"Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.
"Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang," beliau dipetik olehNew Straits Times sebagai berkata.
Ditanya sama ada polis akan menyiasat Sarawak Report berhubung artikel tersebut, Noor Rashid berkata polis akan meneliti kandungan artikel itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena