Sunday 24 April 2016

Kerajaan Terengganu Goyah! Hilang Golongan Profesional punca Hadi enggan campur, kata Amanah

Ahad, 24 April 2016

Hilang golongan profesional punca Hadi enggan campur, kata Amanah


Hasbie yakin Pas mahu Umno kekal
Hasbie yakin Pas mahu Umno kekal
Keengganan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menggunakan peluang di sebalik krisis politik BN di Terengganu termasuk menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) dilihat akibat daripada perpecahan parti Islam itu.
Penulis buku politik, Hasbie Muda berkata, Pas mungkin tidak bersedia untuk mentadbir Terengganu memandangkan sebahagian besar golongan profesional telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti tersebut.
"Beberapa orang Adun Pas yang berpotensi jadi MB (Menteri Besar) seperti Dr Syed Azman dan Datuk Tengku Hassan pula tidak dianggap berfikrah jelas," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau yang juga ketua pemuda Amanah Terengganu mengulas dakwaan kemurkaan Sultan Terengganu terhadap Datuk Seri Mohd Razif Abdul Rahman baru-baru ini, mengesahkan situasi tersebut berlaku apabila Adun Seberang Takir itu dikatakan tersalah cakap dalam ucapannya yang kemudian dilihat seolah-olah memperkecilkan pihak istana.
Sementara itu, Dr Syed Azman di Twitter beliau hari ini berkata, pergolakan politik Terengganu itu memerlukan pemimpin politik mengetepikan sentimen kepartian sempit demi masa depan negeri tersebut.
Untuk rekod, BN menawan 17 kerusi Dun dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, iaitu hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding Pas manakala PKR sekadar menang satu kerusi.
Namun, perkembangan mutakhir menyaksikan Umno dan Pas memiliki jumlah Dun sama banyak iaitu masing-masing 14 kerusi apabila tiga Adun Umno diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.
Hadi pula ketika Ahmad bulan lalu mengemukakan usul tidak percaya kepada Razif, mengharapkan kesemua Adun dari partinya untuk tidak campur tangan dalam tuntutan berkenaan manakala jentera Pas Terengganu diminta bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.
MALAYSIADATELINE

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena