Monday 25 April 2016

[Video] Bukan 5 kerusi, tapi 6 kerusi DAP dan PKR bertembung! Guan Eng rasa tertipu & kecewa PKR tidak hormati perjanjian.

Isnin, 25 April 2016



Page Liked · 8 hrs

Cara menarik perhatian...!!!

Sempena pernamaan calon2 di Sarawak ini hari..

Siapa lagi kalau bukan Azmin...

Azmin siapa? Timb. Presiden.

Kak Wan siapa? Presiden.
Dah kalau Presiden sendiri tak setuju, lu saper nak suruh redah juga?
Tu yang jadi 6 kerusi bertembung tu.
Pasal jenis nak berlagak HERO mamat sekor nie.
Selangor jahanam pasal dia. Pakatan Rakyat jahanam pasal dia. Pemilihan PKR 2010, 2014 pun jahanam pasal dia. Kes MB Selangor pasal dia, PRN Sarawak pun pasal dia.
Dia nak jahanam, dia punya pasal la, yang korang pun pergi ikut juga kenapa?
Korang kena ingat, korang ikut Azmin, ISLAM MELAYU semakin berpecah!!
Sebab Azmin peduli apa bab nie semua.. janji perut dia kenyang.
Tapi korang pun 2x5 juga. Azmin tabur duit, korang jilat juga.
SAMPAH!!!

Terbaik. Inilah kebodohan yang menyebabkan sampai kiamat BN akan tetap menang. Haha
Bukan 5 kerusi, tapi 6 kerusi DAP dan PKR bertembung!
Batu Kitang:
Abdul Aziz Isa (DAP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Lo Khere Chiang (BN)
Othman Bojeng (Bebas)
Sulaiman Kadir (Bebas)
Mulu:
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)
Gerawat Gala (BN)
Roland Dom (Bebas)
Murum:
Mathew Silek (DAP)
Abun Sui (PKR)
Chuk Tai Ugun (BN)
Stanley Ajang Bato (Bebas)
Simanggang:
Norina Umoi anak Utot (PKR)
Leon Jimat Donald (DAP)
Francis Harden Holis (BN)
Ngu Piew Seng (Bebas)
Mambong:
Sanjan Daik (DAP)
Willie Mongin (PKR)
Jerip Susil (BN)
Ngemah:
Richard Anak Lias (DAP)
Thomas Laja Anak Besi (PKR)
Alexander Anak Vincent (BN)
Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

Guan Eng rasa tertipu, Azmin kata malang

 | April 25, 2016
Setiausaha Agung DAP berasa kecewa dengan sikap PKR, manakala Timbalan Presiden PKR berkata persefahaman antara kedua parti tidak muktamad
lim-guan-eg,azmin
MIRI : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kecewa dengan tindakan PKR bertanding di lima kerusi yang telah diberikan kepada DAP.
Justeru, DAP memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Batu Kitang sebagai menjawab keengganan PKR mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui secara bertulis oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 7 April lepas.
“Kalau satu kerusi mungkin kita boleh maafkan, tetapi bagaimana untuk maafkan lima kerusi? Kami rasa DAP telah ditipu.
“Apa yang berlaku sejak 7 April sehingga hari ini adalah persetujuan bertulis tidak dipatuhi. Tiada kesungguhan untuk mematuhi persetujuan itu. Saya rasa tindakan itu amat mengecewakan dan ia boleh menyebabkan penyokong keliru,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Senadin hari ini.
Malam tadi, FMT dimaklumkan bahawa DAP akan mengetengahkan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa sebagai calon di Batu Kitang selepas rundingan antara kedua parti menemui jalan buntu.
Di penamaan hari ini, sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara DAP dan PKR.
Sementara itu, Malay Mail Online melaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai berkata pertembungan dengan DAP merupakan peristiwa malang.
“Sehingga malam tadi, kita semua berbincang dan melahirkan rasa bimbang beberapa kerusi yang menjadi pertikaian masih belum dapat diselesaikan walaupun di saat-saat akhir,” kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Azmin berkata kepimpinan induk kedua-dua parti akhirnya bersetuju perkara itu sesuatu yang perlu diputuskan oleh kepimpinan parti di peringkat negeri.
“Kita perlu menghormati autonomi mereka,” kata Azmin, dan menambah perjanjian yang ditandatanginya sebelum ini bukan persefahaman yang muktamad.
“Persefahaman tidak muktamad kerana rundingan diteruskan setelah dokumen itu ditandatangani,” jelas Azmin, yang menambah dokumen itu tidak menamakan calon atau kerusi secara khusus.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena