



Malam ke 2 solidariti Maria Chin di Dataran Merdeka Now...
PAS berkecuali di DUN Perak pula, hanya Pakatan Harapan bersungguh lawan BN
IPOH, 22 NOV: Sudah terang lagi bersuluh – PAS hanya berminat untuk menjadi ‘penasihat’ kepada UMNO berbanding bersama-sama blok pembangkang untuk merubah pentadbiran negara yang sejak sekian lama dikuasai Barisan Nasional (BN).
Pakatan Harapan Perak menyuarakan perkara itu dalam satu kenyataan bersama pemimpin ketiga-tiga parti komponen, DAP, PKR dan Amanah susulan tindakan tiga Adun PAS yang memilih untuk berkecuali semasa proses undi belah bahagi belanjawan negeri hari ini.
“Perkara yang sama berlaku di Parlimen. Setelah berdebat sepanjang sembilan hari, PAS juga memilih tidak mengundi semasa proses pengundian dikira untuk Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak.
“Malahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal hadir di dewan rakyat bila proses undi belah bahagian yang begitu penting diadakan,” kata kenyataan itu.
Sikap cenderung PAS terhadap UMNO juga dapat dilihat dengan kegagalan parti Islam itu menyertai BERSIH 5 pada Sabtu lepas walaupun ia pernah menyertai perhimpunan aman itu dalam siri pertama hingga ketiga.
Justeru, pemimpin Pakatan Harapan menyeru agar ahli PAS untuk melihat dan menilai sendiri “perubahan sikap dan pendirian pemimpin parti itu sekarang” yang dilihat seolah-olah memihak kepada parti pemerintah.
“Tingkahlaku parti PAS di DUN Perak dan Parlimen memberi mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Demi rakyat, Pakatan Harapan akan terus berjuang melawan kemungkaran dan kezaliman BN. Terpulang kepada rakyat menilai PAS. Kami percaya hanya Harapan bersama PPBM mampu untuk menggantikan BN dalam misi kita untuk menyelamatkan negara,” ujar kenyataan itu.
Kenyataan bersama Pakatan Harapan itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Senator Dr Mohd Manuty dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Alwi. – Roketkini.com
1 comments:
Assalamualaikum wr.wb,saya Pak Rudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH REDEN MALOMO atas bantuan MBAH.
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan MBAH RADEN MALOMO pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah berhasil..sekali lagi makasih yaa MBAH karna waktu itu saya
cuma bermodalkan uang cuma 100rb dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual MBAH RADEN MALOMO saya sudah
bisa melanjutkan kulia saya lagi dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg
ingin seperti saya silahkan HUB MBAH di nomor hpnya: 0823-4873-0857 atau >>KLIK DISINI<<
dan ramalan
MBAH RADEN MALOMO memang memiliki ramalan GHOIB” yang dijamin 100% tembus
Post a Comment