Sunday, 27 November 2016

ZUNAR Mini Exhibition 'DEMOCRACY FREEDOM of Expresions'...PPBM akan sertai Pakatan Harapan.

Isnin, 28 November 2016



PPBM dijangka akan sertai Pakatan Harapan, kata Salahuddin

Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan dijangka diputuskan pada 13 Disember depan, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
"Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM) untuk PPBM diterima dalam keluarga Pakatan Harapan.
"Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima PPBM menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam Pakatan Harapan menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan PPBM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang di Georgetown, semalam.
Beliau berkata Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa PPBM tidak mahu menyertai Pakataan Harapan sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.
Pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 12 November lalu Dr Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.
Sementara itu pada konvensyen itu juga Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya PPBM bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan Umno berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu.
Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena