Friday, 25 November 2016

[Video] KECOH!!~ "RUU 355 Di Tangguhkan lagi, Speaker "Bertikam Lidah"...‘Sendiri bentang, sendiri yang tangguh’, kecam netizen.

Sabtu, 26 November 2016



‘Sendiri bentang, sendiri yang tangguh’, kecam netizen

ARIF ATAN
Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam untuk menangguhkan huraian pindaan terhadap usul asalnya berkaitan Akta 355 pada sidang Parlimen tahun depan mengundang kecaman orang ramai di media sosial.
Penangguhan tersebut sekali lagi mengulang tindakan sama Ahli Parlimen Marang itu pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pengguna Facebook, Salleh Abd Ghani menganggap keputusan Pas menunda perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu sebagai satu lakonan drama.
“Jom kita lihat apakah drama yang akan dilakonkan oleh watak-watak maha hebat ini. Kalaulah Tok Guru Nik Aziz masih hidup …,” ujarnya.
Sementara itu, Razak Hassan menyelar, “Sendiri bentang, sendiri yang tangguh. Apa ni tok lebai?” manakala Abd Hafiz Shariff berkata, “Hanya menghimpun fitnah berpanjangan ke atas maruah Islam apabila agama dijadikan tunggangan demi survival politik.”
Peluang untuk Hadi membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Akta 355 tetapi kemudiannya meminta ditunda itu termasuk kenyataannya yang menyamakan ahli Parlimen pembangkang beragama Islam seperti Ahok iaitu Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut dipertikai oleh netizen.
“Mengapa mesti bandingkan dengan Ahok? Pas nak beri penjelasan apa lagi? Speaker dah bagi peluang tu! Teruskanlah pembentangannya di Dewan Rakyat. Aku harap TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) tidaklah sekadar menccari alasan! Maaf,” tegas Mat Yet.
Tidak kurang juga ramai netizen menyifatkan penangguhan huraian pindaan usul berkenaan mempunyai kaitan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
“Nak cari modal baru untk PRU14 ni. Semua tahu lebai Hadi pernah merosakkan akidah ahli-ahli Pas Terengganu dengan macam-macam fatwa... tak sah solat berimamkan orang Umno, tak sah kahwin dinikahkan oleh tok imam Umno, tak boleh tanam jenazah bersama kubur orang Umno dan macam-macam lagi,” jelas Abe Loh Ali.
Malaysia Dateline

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum wr.wb,saya Pak Rudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH REDEN MALOMO atas bantuan MBAH.
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan MBAH RADEN MALOMO pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah berhasil..sekali lagi makasih yaa MBAH karna waktu itu saya
cuma bermodalkan uang cuma 100rb dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual MBAH RADEN MALOMO saya sudah
bisa melanjutkan kulia saya lagi dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg
ingin seperti saya silahkan HUB MBAH di nomor hpnya: 0823-4873-0857 atau >>KLIK DISINI<<
dan ramalan
MBAH RADEN MALOMO memang memiliki ramalan GHOIB” yang dijamin 100% tembus

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena