Thursday 17 November 2016

[Video] Kita berhimpun aman! Jahanam perasuah, pencuri & perompak negara...Himpunan jalanan budaya rakyat negara ini sejak sebelum merdeka – BERSIH

Jumaat, 18 November 2016

Himpunan jalanan budaya rakyat negara ini sejak sebelum merdeka – BERSIH

slide1

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Perhimpunan jalanan sudah menjadi budaya yang telah diamalkan rakyat negara ini sejak sebelum merdeka.
Ia dapat disingkap kembali sewaktu UMNO sendiri turun ke jalan raya ketika menentang Malayan Union.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan berkata himpunan jalanan bukan budaya rakyat negara ini.
“UMNO tak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya pada waktu itu.
“Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.
“Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru,” katanya dalam sidang media di pejabat BERSIH sebentar tadi.
Dalam sebuah negara berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan, perhimpunan jalanan jelasnya merupakan salah satu cara rakyat bersuara menuntut perubahan yang lebih baik dalam negara.
“Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita,” katanya lagi.
Pada Sabtu ini 19 November, BERSIH akan mengadakan perhimpunan aman di tiga lokasi seluruh negara iaitu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
BERSIH 5 kali ini mengemukakan lima tuntutan iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak untuk membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena