
Malaysia perlu diselamatkan daripada pemimpin kleptokrasi
Beliau berkata, secara mudah difahami kleptokrasi ujarnya merujuk kepada 3 P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun.
"Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada Kleptokrasi ini.
"Negara diperintah oleh Kleptokrasi. Apa itu Kleptokrasi? Mudahnya, ia adalah 3P iaitu Perompak, Penipu dan Penyamun. Dengan itu Malaysia perlu diselamatkan daripada kleptokrasi ini," tegasnya ketika berucap pada program Makan Malam Sempenaa Sambutan 50 tahun DAP di negeri itu pada Jumaat lalu.
Selain itu, Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud pula menyentuh soal daftar pemilih rakyat Sabah khususnya dalam kalangan anak muda Sabah.
"Kita ingatkan kepada kawan-kawan, saudara mara yang belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftarlah segera dan lakukanlah perubahan melalui kertas undian. Kita tolak Umno-BN pada PRU14 ini," gesanya.
Beliau turut membangkitkan isu skandal rasuah yang berlaku secara berleluasa di Sabah kebelakangan ini.
"Pakatan Harapan sudah lebih awal turun kepada rakyat dan mengadakan petisyen kutipan tandatangan penduduk kampung di Kota Belud, kita hantar kepada Datuk Seri Musa Aman sempena pembentangan bajet negeri Sabah baru-baru ini," ujarnya.
"Dan sekarang slogan ini berkumandang lagi di arena politik Sabah," katanya.
Dalam ucapan itu juga, beliau menggesa Pakatan Harapan untuk sentiasa komited dan memperjuangkan hak rakyat.
"Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber alam, minyak, kelapa sawit dan balak. Sekarang keuntungan ini sudah kemana? Pembangunan di Sabah tidak seimbang dengan Semenanjung," soal Hamzah.
Tambahan beliau lagi, Amanah berasa sangat kagum terhadap gerak kerja DAP yang sudah 50 tahun konsisten bersama rakyat.
"DAP dulu antara yang tidak setuju dengan penurunan taraf negara Sabah kepada negeri. Sekarang lihatlah apa yang terjadi kepada Sabah?" ujarnya
Beliau juga berkata, Amanah, DAP dan PKR mesti bersatu. Buktinya, melalui pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor sudah banyak keuntungan yang dapat dipulangkan semula kepada rakyat.
Hamzah juga berterima kasih kepada Kit Siang kerana sudi hadir bersama pada malam tersebut.
Program ini dihadiri turut dihadiri Stephen Wong (Adun Sandakan, merangkap Pengerusi DAP Sabah), Chan (Adun Sri Tanjung), Arbaani Akum (Naib Pengerusi Amanah Sabah), Ustaz Badrul Amin (PKR), pimpinan-pimpinan lain, serta ahli-ahli dalam setiap parti komponen Pakatan Harapan termasuklah wakil daripada parti Warisan.
1 comments:
Assalamualaikum wr.wb,saya Pak Rudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH REDEN MALOMO atas bantuan MBAH.
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan MBAH RADEN MALOMO pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah berhasil..sekali lagi makasih yaa MBAH karna waktu itu saya
cuma bermodalkan uang cuma 100rb dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual MBAH RADEN MALOMO saya sudah
bisa melanjutkan kulia saya lagi dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg
ingin seperti saya silahkan HUB MBAH di nomor hpnya: 0823-4873-0857 atau >>KLIK DISINI<<
dan ramalan
MBAH RADEN MALOMO memang memiliki ramalan GHOIB” yang dijamin 100% tembus
Post a Comment