Baik tinggal di Endau Rompin saja, tak jumpa amoi seluar pendek
Pihak-pihak yang berkata tidak boleh hadir ke perhimpunan Bersih 5 kerana ada gadis Cina (Amoi) yang pakai seluar pendek dinasihatkan supaya tinggal di hutan Endau Rompin sahaja.
"Sedangkan amoi tu semua tempat pun pakai seluar pendek," katanya.
Menurut Suhaizan, "bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka. Bukan suatu kesalahan pada mereka."
"Kalau kita tak boleh pergi tempat di mana amoi ada memakai seluar pendek di Johor Baharu, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah," tulis beliau.
Suhaizan dipercayai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang cuba mempertahan tindakan sebuah parti politik yang tidak membenarkan ahlinya menyertai Bersih 5.
Pada Bersih 4 dahulu, parti itu menempelakkan, kerana mereka tidak sertai perhimpunan Bersih, kekurangan yang nyata berlaku kepada penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan itu.
Namun, walaupun parti berkenaan tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, orang Melayu ramai menyertainya sehingga melebihi 40 peratus dari peserta perhimpunan itu.
Bagi menghiburkan hati, sesetengah penyokong parti itu berkata, "kita tidak boleh sertai Bersih kerana ada amoi pakai seluar pendek."
1 comments:
Assalamualaikum wr.wb,saya Pak Rudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH REDEN MALOMO atas bantuan MBAH.
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan MBAH RADEN MALOMO pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah berhasil..sekali lagi makasih yaa MBAH karna waktu itu saya
cuma bermodalkan uang cuma 100rb dan akhirnya saya menang. Berkat angka GAIB hasil ritual MBAH RADEN MALOMO saya sudah
bisa melanjutkan kulia saya lagi dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg
ingin seperti saya silahkan HUB MBAH di nomor hpnya: 0823-4873-0857 atau >>KLIK DISINI<<
dan ramalan
MBAH RADEN MALOMO memang memiliki ramalan GHOIB” yang dijamin 100% tembus
Post a Comment