Thursday, 24 November 2016

[Video 'SIAL!'] Kecoh Khalid Samad Bergelut, Diserang Di Parlimen & Polis gesa anak Tajuddin serah diri kerana merusuh.

Khamis, 24 November 2016

TERKINI !!..

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenalpasti terlibat dalam kekecohan di luar lobi Parlimen pagi tadi agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

SAMSENG TETAP SAMSENG !!!

#Sebarkan

Polis gesa anak Tajuddin serah diri kerana merusuh

Polis meminta 10 individu, termasuk anak timbalan menteri Umno Firdaus Tajuddin menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata siasatan dibuat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Selain Firdaus, 34, sembilan lagi yang diminta menyerah diri, termasuk:
  • Mohd Rizal Shafie, 37
  • Ariffin Mohamed Ali, 32
  • Hasnah Md Razali, 48
  • Erwan Halmi, 36
  • Sapiah Aini Sulaiman, 48
  • Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
  • Azmir Ahmad, 41
  • Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
  • Mohd Faizal Saidina Omar, 34
Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengesahkan anaknya antara yang 'menyerang' anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.
Bagaimanapun, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin juga berkata “mereka melindungi rakyat Pasir Salak”.

Sebelum ini, parlimen hangat selepas Tajuddin berkata anggota parlimen Seputeh Teresa Kok satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Khalid kemudian menyelar tindakan itu dan memakinya kembali sebagai “sial”.
Sementara itu, Amar dalam kenyataannya menjelaskan tiada kecederaan dalam insiden itu.
Beliau bagaimanapun merayu orang ramai, terutama penyokong atau ahli politik tidak membelakangkan undang-undang.
"Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.
"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena