Friday 25 November 2016

[Video] UMNO tewas kekang maklumat di zaman digital ini! & Hadi tangguh RUU 355, isyarat permainan politik UMNO-PAS

Sabtu, 26 November 2016

Haji Hadi tangguh RUU 355 sekali lagi, isyarat permainan politik UMNO-PAS

sheikh omar
Sheikh Omar Ali, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Tindakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memohon supaya huraian usul persendirian bagi memperkasakan mahkamah syariah yang dibentangnya hari ini di Parlimen dibawa ke sesi akan datang menimbulkan pelbagai persoalan.
Ia merupakan pembentangan kali kedua setelah Hadi membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu buat kali pertama dua minggu sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan.
“Apakah tujuan sebenarnya polemik RUU 355 ini dibiarkan berpanjangan? Mengapa bila tiba saat pembacaan dan penghuraiannya hari ini, Marang menunda lagi?
“Dengan segala ‘hanky panky’ ini, timbul persoalan apakah ketelusan dalam usul persendirian RUU 355 Marang?
“Atau adakah ia tidak lebih dari sekadar menjadi alat untuk mencapai tujuan politik tertentu?” soal Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali dalam satu kenyataannya, hari ini.
Menurutnya, penangguhan kali pertama perbahasan usul yang dibawa Presiden PAS itu telah mencetuskan pelbagai polemik di kalangan masyarakat dengan ada sesetengah pihak yang mendakwa ia sebagai hukum hudud dan mengkafirkan mereka yang menolak usul itu.
“Pada mulanya, ia dicanang hingga riuh sekampung seolah-olah RUU 355 ini ialah hukuman hudud. Golongan yang menolaknya ibarat menolak Islam dan boleh gugur keIslamannya.
“Hal yang rupa-rupanya bukanlah hukuman hudud ini akhirnya menyumbang kepada perpecahan Pakatan Rakyat.
“Hal ini telah mula menimbulkan bibit-bibit pertikaian, apakah di sana wujud agenda halus politik sedondon UMNO dan PAS yang berselindung di balik RUU 355?
“Pasca bacaan usul kali pertama itu, terus dipergiatkan lagi dan dijaja ke sana ke mari bahawa mereka yang menolak RUU 355 seakan-akan anti-Islam,” katanya.
Hadi yang mengadakan sidang media seusai pembentangan usul beliau itu memaklumkan bahawa PAS akan menganjurkan ‘perhimpunan besar-besaran’ bagi menggembleng sokongan rakyat terhadap agendanya itu.
“PAS akan anjurkan himpunan aman raksasa mewakili umat Islam pelbagai parti politik dan NGO termasuk di kalangan bukan Islam yang sokong (RUU355) untuk buktikan sokongan mereka pada RUU ini,” katanya hari ini. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena