Thursday 17 November 2016

[Video] Himpunan Aman Bersih 5: Mahkamah beri laluan, KPN pulak kata haram! "Syg Ali Tinju..muah..kahkah.."

Jumaat, 18 November 2016

Bersih 5: Mahkamah beri laluan, KPN kata haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat petang semalam menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang Bersih 5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.
Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.
Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam Bersih dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu, lapor Malaysiakini.
“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di sekitar Dataran Merdeka,” katanya.
Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang dan tamat 15 minit kemudian.
Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.
Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.
Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Mereka menamakan pengerusi Bersih 2 Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.
Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5.0 dan geng Baju Merah di ibu kota Sabtu ini sebagai 'demonstrasi haram'.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang khususnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, lapor Bernama.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan itu tidak mendapat kelulusan pemilik tempatnya.
"(Penganjur) kenapa degil sangat, tuan tempat tidak benarkan mereka (peserta) gunakan tempat itu, sepatutnya mereka perlu cari tempat lain.
"Hak bersuara, kita (polis) hormati tetapi mereka perlu juga hormati hak peniaga dan pelancong yang ingin berkunjung di Kuala Lumpur, kerana mereka juga ada hak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Palestin Tidak Dilupakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Bukit Aman semalam.
Sehubungan itu Khalid menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan berkenaan yang jelas tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
"Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Palestin. Keamanan sedia ada sepatutnya dikekalkan, bukannya buat kecoh di merata tempat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata persiapan rapi telah dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini jika perhimpunan diteruskan.
"Orang ramai perlu sedar kita ada undang-undang. Kalau ianya tidak mahu dipatuhi, untuk apa undang-undang itu ada.
"Polis akan pastikan negara aman, sejahtera dan tenteram. Jika ada jalan yang akan ditutup kita akan maklumkan," katanya.

JAMAL JANGAN TUNJUK JAGUH, PESAN ALI TINJU
ali-tinju-jamal

Syg Ali Tinju..kahkah..
Mohd Ali Baharom sekali lagi memberi kata dua kepada musuh ketatnya, Datuk Jamal Yunos hari ini supaya tidak menjadi jaguh dengan mengadakan perhimpunan balas terhadap Bersih 5, pada Sabtu ini.
Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia itu yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, provokasi amat berbahaya dan tidak baik untuk negara kerana ia hanya akan menghuru-harakan Malaysia.
“Rakyat Malaysia ada 30 juta, yang nak buat hal hanyalah tak sampai 5% daripada kuning dan merah untuk menghuru-harakan malaysia ini.
“Sebagai rakan, kita dah tulis dalam Facebook. Kalau dia ada otak, dia ikut arahan ketua polis negaralah.
“Dia jangan anggap dia dapat duit daripada politik, dia nak tunjuk jaguh di Malaysia ini. So saya harap Jamal ni janganlah keterlaluan. Patuh arahan ketua polis negara, saya rasa benda ini akan selesai,” katanya sebelum membuat laporan polis terhadap gerakan Baju Merah dan Bersih 5 di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, hari ini.
Mei lalu, kedua-dua lelaki itu bercakaran sesama sendiri, apabila Jamal menyifatkan Ali Tinju tidak setaraf dengannya, selepas mendakwa BN akan kalah besar jika ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.
Bersih dijadual mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu depan bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jamal berjanji akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada peserta himpunan Bersih 5 dan Baju Merah tidak menyalahkan polis jika bertindak terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan haram pada Sabtu ini.
Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak menggunakan semburan air dan pepperball untuk menyuraikan peserta perhimpunan itu. – FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena