Monday, 28 November 2016

[Video Apa Salahnya Maria Chin Terima Duit Daripada Soros?] BERSIH 5: Polis siasat Saifuddin, 3 MP pembangkang.

Selasa, 29 November 2016



BERSIH5: Polis siasat Saifuddin, 3 MP pembangkang

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan tiga wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini dipanggil polis untuk memberi kenyataan berhubung himpunan BERSIH5 pada 19 November lalu.
Selain Saifuddin, turut dipanggil Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norlela Ariffin, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar.
Kesemua mereka memberikan keterangan kira-kira sejam, bermula jam 10.15 pagi di balai polis Travers di ibu negara.
Mereka turut diiringi tiga orang peguam iaitu Saiful Izham Ramli, Adi Dzulkarnain Zulkafly dan Nik Zarith Nik Moustpha.
Selain itu, menurut Saiful mereka yang dipanggil pada hari ini disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman.
"Ada lagi dalam senarai mereka (pihak polis) yang akan dipanggil dari semasa ke semasa.
"Pihak kita akan atur jadual individu lain yang akan dipanggil untuk membantu pihak polis selesaikan siasatan," kata Saiful.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi wakil rakyat berkenaan memberikan keterangan.
Selain itu, Saifuddin pula berkata, semasa memberi keterangan beliau ditanya mengenai kehadirannya pada perhimpunan berkenaan serta sama ada mengetahui matlamat BERSIH5.
"Saya ditanya adakah kami hadir BERSIH 5, tahu matlamat BERSIH, siapa lagi hadir.
"Tapi kami semua memilih tak menjawab dan hanya akan menjawab di mahkamah," katanya.
Perhimpunan BERSIH5 diadakan 19 November lalu bertujuan untuk menuntut pilihan raya dan kerajaan yang bersih, pengukuhan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.
Ia dihadiri kira-kira 40,000 orang dan disertai oleh pemimpin masyarakat sivil dan parti politik pembangkang.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena