Saturday, 19 November 2016

[Video] BERGEGAR!!! Ucapan Mat Sabu MENAIKKAN Semangat Peserta BERSIH 5!! Jakim diharap tidak kelirukan umat Islam.

Ahad, 20 November 2016





Terima kasih rakyat Malaysia di Australia (y)
Kat Sydney Australia pun #Bersih5 bangkit.. terbaik sekali..!!!..
LANGSUNG #BERSIH5
5.00pm: Antara gambar suasana #Bersih5 di Australia yang dikongsi di media sosial.

Hak berhimpun: Jakim diharap tidak kelirukan umat Islam

edry_faizal_
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta agar tidak mengelirukan umat Islam dengan memberikan tanggapan negatif bahawa kononnya demonstrasi jalanan akan mengakibatkan ‘campur tangan asing’ serta melanggar hukum syariah.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, penganjur perhimpunan aman BERSIH 2.0 sebagai contoh, telah mengadakan empat siri protes di ibu negara, namun sehingga kini tidak wujud ‘campur tangan asing’ seperti yang dimaksudkan JAKIM.
Malah, katanya, penggunaan kata ‘campur tangan asing’ itu sendiri tidak diterangkan secara jelas oleh jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam itu, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai tafsiran dan makna.
“Jika JAKIM ingin sentuh mengenai campur tangan asing, berapa ramai orang pula yang bangkitkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang didakwa sebagai satu bentuk campur tangan asing.
“Malah, kerajaan UMNO yang kini dilihat banyak bergantung dengan pelaburan kerajaan China juga dikatakan ramai pihak merupakan campur tangan asing. Adakah dua situasi berkenaan tidak dilihat JAKIM sebagai campur tangan asing?
“Atau adakah hanya kerana ia sesuatu yang dibuat pemerintah, maka itu tidak dikira campur tangan asing, tetapi jika pihak lain yang buat, maka boleh menyebabkan campur tangan asing?” soalnya kepada Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kandungan khutbah oleh JAKIM menjelang perhimpunan aman BERSIH 5 esok.
Intipati khutbah itu antara lain mendakwa kononnya demonstrasi jalanan membawa mafsadahseperti kerosakan harta benda awam, menimbulkan sentimen perpecahan, mencetus ketegangan dan menjadi bibit perpecahan rakyat.
Edry yang juga Ahli Majlis Selayang bagaimanapun berkata, penganjuran perhimpunan BERSIH 4 pada tahun lepas yang berlangsung hampir dua hari berturut-turut berjalan dengan lancar secara aman tanpa sebarang kekacauan dan kerosakan harta benda awam.
“Apa yang JAKIM kata kerosakan harta benda itu ideanya datang dari mana? Ini mungkin hanya imaginasi dan mimpi JAKIM,” katanya.
Katanya, perhimpunan aman akan kekal tanpa sebarang masalah sekiranya polis menjalankan tugas dengan menjaga pergerakan peserta perhimpunan dan melindungi keselamatan mereka daripada pihak ‘pengacau’ yang tidak diingini.
“Malah adalah sama jika dianalogikan dengan menonton bola sepak, adakah JAKIM akan mengatakan menonton bola sepak itu juga sesuatu yang salah? Sebab pernah juga berlaku kerosakan harta benda awam sewaktu menonton perlawanan bola sepak.
“Malah, bola sepak juga pernah menimbulkan sentimen perpecahan, mencetuskan ketengangan, dan semangat kenegerian.
“Jadi jika kita terima hujah JAKIM itu untuk kata BERSIH bawa keburukan, jadi peminat bola pun kena berjaga-jagalah, takut JAKIM juga akan menggunakan alasan yang sama untuk (kekang) peminat bola,” katanya.
Menyentuh mengenai hadis yang dipetik JAKIM bagi memperkuatkan hujah bahawa demonstrasi itu bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam, Edry berkata, terdapat banyak lagi dalil yang mengatakan bahawa demonstrasi itu tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Katanya, hadis yang dipetik jabatan agama itu mengenai cara menasihati pemimpin dengan mekanisme halus dan tertutup serta berbisik tidak terpakai kepada sebuah negara yang kini sudah mengalami proses demokrasi.
“Hadis itu menyaran agar kita pegang tangan pemimpin dalam bilik tertutup dan tegur, namun saya kira mungkin JAKIM sendiri tak pernah dapat peluang pegang tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan bisik pada dia?
“Sistem demokrasi sudah wujudkan mekanisme untuk atasi masalah itu, melalui kebebasan akhbar, kebebasan untuk rapat umum dan sebagainya supaya dapat pengaruhi pandangan umum dan secara tak langsung ubah tindakan pemerintah tanpa perlu pertumpahan darah.
“Semangat menegur pemimpin dalam hadis itu dah diangkat dalam sistem demokrasi cuma JAKIM perlu ikut perkembangan zaman,” katanya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena