Thursday, 17 November 2016

[Video] BERGEGAR JANTUNG! Muhyiddin SERU Turun BERSIH 5! UMNO Sekarang Parti TOLONG Najib! PPBM sertai Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Jumaat, 18 November 2016

PPBM sertai Pakatan Harapan di Pulau Pinang

Selepas penyertaannya dalam Konvensyen Pakatan Harapan hujung minggu lalu, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengembangkan kerjasama mereka di peringkat negeri pula.
Malam ini, peyelaras PPBM Pulau Pinang, Datuk Seri Sharif Omar menyertai rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dalam satu forum di Merbau Kudung, Tasek Gelugor.
Naib presiden Amanah yang juga pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof menjadi tuan rumah program "Forum Biar Aku Berkorban Untuk Malaysia" bagi mengingati pesanan khas penduduk Lahar Yooi, Mohd Shukri Saad yang mati selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang.
Turut serta adalah ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tzi Tzim.
Sabtu lepas, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin lain parti itu menyertai PKR, DAP dan Amanah dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan itu.
Tun Dr Mahathir mengumumkan PPBM akan menyertai PH.
"2004 saya lawan Datuk Sharif. Hari ini saya terkejut kami boleh duduk sepentas. Tetapi yang lebih terkejut lagi Tun Dr Mahathir boleh duduk sepentas dengan Lim Kit Siang," kata Mujahid ketika memulakan ucapan di majlis itu.
Bagi beliau, hasrat perjuangan malam ini adalah merentas sempadan politik iaitu untuk membuat perubahan besar dalam politik Malaysia.
Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tzi Tzim pula yakin, gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu akan boleh memenangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena