Friday 25 November 2016

[Video] Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno..."Mengancam mahu membakar bahan pameran".

Sabtu, 26 November 2016

Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.
Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.

Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno

Lagi aksi serangan dipercayai dilakukan kumpulan samseng Umno. Kali ini berlaku selepas solat Jumaat di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang diketuai pemimpin negeri parti itu.
Kumpulan terbabit menyerang Pameran Kartun Zunar yang sebelum itu dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.
Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan karya satira politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang dikenali sarat mengkritik kepimpinan Umno-BN.
Samseng Umno terbabit juga menuntut supaya Zunar memberhentikan pameran itu serta mengancam mahu membakar bahan pameran.
Dalam serangan itu, dua bahan pameran dirosakkan mengikut sumber daripada Pengurus Zunar, Azura Aziz.
Pada masa sama, exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin juga dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.
Ekoran aksi keterlaluan kumpulan samseng tersebut termasuk membuat kepungan, Zunar terpaksa meminta bantuan pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“FRU terpaksa dipanggil kerana pameran saya di Komtar tadi dikepung oleh sekumpulan mereka,” ujarnya dipetik daripada status beliau di Facebook.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena