Friday, 20 January 2017

[Video] "SELEPAS DEDAH MARA!!~ "TMJ Mungkin Akan Sertai Rafizi Di Penjara"

Sabtu, 21 Januari 2017

Foto Parti Amanah Negara.
KENYATAAN MEDIA
AMANAH TEKAD BELA MANGSA TINDAKAN
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menggembleng tenaga para peguamnya bagi menggunakan semua ruang dan saluran yang ada dalam membela pemimpin parti yang berhadapan tindakan undang-undang sama ada ia berbaur politik ataupun tidak.
2. Mazlan Aliman yang berhadapan tindakan bankrupsi akibat kelantangannya membela peneroka melawan Felda, akan dibela oleh seluruh ahli AMANAH, NGO dan orang perseorang bagi menyelesaikan tuntutan bayaran yang diarahkan mahkamah. YB Khalid Samad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Selangor dan telah dijatuhkan hukuman, akan juga dibela melalui saluran undang-undang, diplomasi dan demokrasi. Begitulah juga, anggota-anggota parti yang lain kita akan berusaha untuk membela mereka sekadar termampu yang kita lakukan.
3. Kita mengharapkan sama ada Mazlan, YB Khalid Samad dan lain-lain yang dikenakan tindakan supaya tabah dalam menghadapai segala bentuk cubaan ini. Mereka yang berada dalam perjuangan khasnya dalam parti pembangkang di Malaysia ini akan menghadapi segala bentuk tekanan dan dugaan. Marilah kita bertekad untuk melawan tekanan ini dan membela rakan-rakan kita bagi menghadapi mehnah dan tribulasi demi mencapai cita-cita perjuangan.
AMANAH DEMI NEGARA
MOHAMAD BIN SABU
Presiden,
Parti Amanah Negara
20 Januari 2017

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena