Saturday, 21 January 2017

BERSABARLAH KHALID SAMAD! Anda 'berani' menjejakkan kaki ke bumi Gaza yang bergolak itu & Profesional, cendikiawan, ulama' anak Kelantan berhimpun di Kota Bharu.

Sabtu, 21 Januari 2017
Foto Parti Amanah Negara.
BERSABARLAH KHALID SAMAD
Semoga Allah memuliakan YB Khalid Samad yang berucap melaporkan keadaan di Gaza 2011 di salah sebuah surau, Klang.
Anda adalah pejuang Masjidil Aqsa dan yang di sekitarnya, termasuk Gaza.
Anda baru kembali dari Gaza yang diserang sebelum itu. Anda bukan mengajar tafsir, feqah, usuluddin atau mengeluarkan sebarang fatwa.
Anda hanya cuba mengongsikan penderitaan saudara-saudara kita di sana.
Anda *berani* menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu.
Semoga Allah bersama anda ketika anda bersama perjuangan Masjidil Aqsa dan apa-apa di sekelilingnya.
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم، إلا ما أصابهم من اللأواء، قالوا يا رسول الله: وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
_“Akan ada segolongan kecil dari umatku, yang terang membela kebenaran, bertindak tegas terhadap musuh-musuhnya, *Tidak akan menggoncang mereka siapa-siapa yang membencinya*. Para Sahabat bertanya; Di mana mereka Wahai Rasulullah? Rasul menjawab; Di Baitul Muqaddas, dan tepi-tepi Baitul Muqaddas”_
HASANUDDIN MOHD YUNUS
(Kenangan Marvi Marmara 2010)
Khamis 21 Rabiul Akhir 1438H
19 Januari 2017
Foto Husam Musa.
TENAGA PROFESIONAL & ULAMA SIAPKAN TAWARAN AMANAH KELANTAN

Hari ini, 50 orang tenaga profesional dan cendikiawan/ulama' anak Kelantan dari seluruh negara berhimpun di Kota Bharu untuk merangka Tawaran Amanah Kelantan.

Bentuk polisi dan program yang boleh mengangkat Kelantan menjadi negeri berbingkaikan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif dibincangkan.

Inisiatif Amanah Kelantan ini dinamakan IMPAK atau Inisiatif Profesional Anak Kelantan dan dipengerusikan oleh Dato Dr Abdul Halim Yusuf.

Ia lanjutan dari seminar Pembangunan Sejarah, Eco-Tourism dan Budaya Negeri Kelantan dua minggu lalu yang dikendalikan oleh Prof Dr Harun Daud.

Ia sebahagian persiapan Amanah untuk mengambil alih teraju Negeri Kelantan dalam PRU akan datang InsyaAllah.

YB Dato Husam Musa
21 Januari 2017/22 Rabiul Akhir 1438


Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.


Hilang kepenatan bila dapat berganbar dengan Tun Mahathir. Petugas ARiF bergambar kenangan dengan Tun Mahathir seusai bertugas di Program Pidato Pemimpin Rakyat di Paya Jaras semalam.

Foto Parti Amanah Negara.
Parti Amanah Negara telah menambah 11 foto baru — bersama Azizah Elias dan 2 yang lain.
Edaran Limau sempena Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Biro Integrasi Amanah Subang dan Pusat Peduli Rakyat Paya Jaras di Taman Wangsa Permai Paya Jaras. Sambutan dan sokongan kaum Cina kepada Amanah dan PH sangat menggalakkan.
Turut sama Ustazah Mariam Abdul Rashid Naib Pengerusi 3 Amanah Selangor merangkap Penyelaras Dun Paya Jaras, Sdra Balan Krishnan Naib Ketua 2 Amanah Subang dan AJK Amanah Subang.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena