Saturday 28 January 2017

[Video PAS 'kuku besi'!] MCA dan UMNO tiada bezanya & Umno 'berpakat' dengan tauke-tauke Cina MCA menyelewengkan harta rakyat! Pas ganti Umno main agenda anti-DAP.

Ahad, 29 Januari 2017

Foto Suara Rakyat.

MCA dan UMNO tiada bezanya. Bila dah keadaan nazak kurang dapat sokongan mulalah mainkan isu perkauman dan cuba menakut2kan rakyat demi meraih undi simpati rakyat..
Sudah sampai masanya pengundi2 yg bijak dapat menguburkan parti2 perkauman UMNO, MCA & MIC di #PRU14 kelak..

Pas ganti Umno main agenda anti-DAP

Mohamad Sabu bersama masyarakat Siam di Teresek Rantau Panjang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada 130 keluargaMohamad Sabu bersama masyarakat Siam di Teresek Rantau Panjang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada 130 keluarga
Agenda anti-Cina DAP merupakan taktik yang digunakan Umno sejak sekian lama untuk memainkan sentimen orang Melayu bagi mengekalkan kuasa.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata hakikatnya Umno bukan berusaha menjaga orang Melayu kerana dalam masa yang sama mereka berpakat dengan tauke-tauke Cina MCA menyelewengkan harta rakyat.
"Orang Melayu yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi, polis, tentera dan jabatan-jabatan kerajaan diasak dengan kebencian terhadap Cina DAP.
"Mereka ditakutkan dengan ugutan kalau Umno kalah, DAP akan memerintah," katanya ketika berceramah di Kampung Lati, Pasir Mas malam tadi.
Orang Melayu kata beliau terus menyokong Umno kerana dakyah ini walaupun dalam mengendalikan ekonomi negara mereka ditindas oleh Umno.
"Semua orang tahu di negara ini kalau projek bernilai jutaan ringgit, Umno berkongsi dengan kapitalis MCA dan orang Melayu hanya diberi projek-projek kecil dengan lesen kelas F.
"Sekarang heboh duit Tabung Haji diselewengkan, tuan-tuan tau ada berapa orang Dap yang bekerja di situ?" soalnya.
Kini katanya, negara ini sedang dijual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Republik Rakyat China.
"Lapangan terbang tentera Sungai Besi, projek keretapi laju Pantai Timur dan Forest City di Johor sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat dari negara China.
"Bila projek-projek mega seperti diserah kepada pihak China peluang untuk warga tempatan termasuk rakyat berbangsa Cina sendiri akan tertutup.
"Syarikat China akan menggunakan kaedah membawa seratus peratus peralatan pembinaan dan tenaga buruh dari negara mereka," katanya.
Mohamad yang pernah menjadi timbalan presiden Pas melahirkan rasa terkejut kerana isu anti-DAP yang dulunya dimainkan Umno kini dijadikan agenda oleh Pas.
"Dulu masa kita dalam Pas dibuat tema muktamar 'menggempur pemikiran assobiyyah'.
"Ayat-ayat Al Quran dan hadis yang mengutuk perkauman sempit membela kezaliman bangsa sendiri kita hafal dan buat modal ceramah.
"Sekarang dah jadi terbalik, mereka pulak ikut rentak Umno, bencikan kaum lain walaupun mereka sebenarnya dizalimi oleh Umno," katanya.
Presiden Amanah itu dalam lawatan kerjanya sehari ke Kelantan memulakan tugas sejak awal pagi dengan menghadiri upacara menaikkan bendera gergasi Amanah di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.
Beliau kemudiannya menghadiri majlis kenduri anak kepada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Nik Omar di Pulau Melaka.
Di situ beliau mengambil kesempatan untuk melawat Galeri Tok Guru berhampiran masjid Tok Guru.
Beliau turut meraikan majlis perkahwinan anak kepada setiausaha Amanah Kota Bharu Adnan Ishak sebelum bersama masyarakat Cina dari keluarga Foo menyambut Tahun Baru Cina.
Pada sebelah petangnya beliau bersama masyarakat Siam di Teresek, Rantau Panjang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada 130 keluarga.
Ceramah di Lati turut dihadiri bapa saudara Yang di Pertuan Agung, Yang Mulia Tengku Muhammad ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena