Saturday 21 January 2017

[Video] Kenapa Selama ini PAS Tidak LAWAN Kes SCANDAL 1MDB! Pas rumitkan pengukuhan pembangkang, akui Tun M...'Mereka nak jadi KING MAKER (jadi barua@broker?)'

Ahad, 22 Januari 2017

Pas rumitkan pengukuhan pembangkang, akui Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pas merumitkan pengukuhan gabungan pembangkang dalam mendepani Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pas merumitkan pengukuhan gabungan pembangkang dalam mendepani Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita mahu semua parti yang tidak bersetuju dengan Umno-BN bersama dalam satu badan gabungan. Pada waktu ini, kita dapati ada Pakatan Harapan yang mengandungi tiga parti dan Bersatu (PPBM) di luar juga Pas yang berada di luar. Seboleh-bolehnya semua parti ini perlu berada dalam satu gabungan.
"Malangnya, hari ini kita dapati parti Pas sendiri mempunyai pendirian yang menyukarkan proses perpaduan iaitu Pas menyatakan tidak akan bersama dalam satu gabungan yang terdapat DAP dan Amanah," ujarnya dalam sesi 'Hard Talk': Menjana Harapan Rakyat di Ampang malam tadi.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, PPBM sedang cuba untuk meyakinkan Pas supaya berada dalam gabungan parti pembangkang yang lebih besar bagi mencapai kemungkinan untuk menang.
"Malangnya sehingga kini, kita tidak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan yang dihadiri pemimpin Pas yang diwakili Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali tetapi Presiden (Pas) Haji Hadi tidak dalam sebarang perbincangan.
"Mereka tidak menolak tetapi pada masa sama tidak bersetuju. Kita berada dalam keadaan serba-salah. Kita memberi masa kepada mereka dan memberi pandangan kita kepada mereka untuk berbincang," jelasnya sempena Majlis Makan Malam anjuran Amanah Titiwangsa Seputeh itu.
Lanjut mendedahkan sikap dingin Pas, Mahathir yang baru-baru ini digelar Najib sebagai 'jaguh U-turn' itu bertegas bahawa PPBM akan menyertai Pakatan Harapan sekiranya Pas masih bersikap sedemikian.
"Mereka (Pas) sudah dapat syarat-syarat yang dikemukakan oleh parti Bersatu. Walaupun sekian lama, belum lagi beri jawapan tetapi hasrat parti Bersatu, jika Pas tidak hendak menyertai Pakatan Harapan ini, parti Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan.
"Ini bermakna dalam pilihan raya, kita mungkin tidak mendapat satu lawan satu. Kalau Pas meletakkan calon-calonnya akan ada pertandingan tiga penjuru. Besar kemungkinan mereka yang menentang BN akan berbelah bahagi antara Pakatan Harapan dengan Pas. Akhirnya, yang mendapat kemenangan BN.
"Oleh itu, kita berpendapat bahawa sesiapa yang meletakkan calon untuk memecah-belahkan pembangkang maka mereka itu sebenarnya adalah penyokong Datuk Seri Najib," tegas Mahathir lagi.





Belum pilihanraya lagi pascai dah bagi kata dua yg pas mesti jadi boss, yg lain jadi macai. Kalau pembangkang menang, dia jugak akan tuntut jadi boss (pm), dan yg lain jadi kapcai.
Sebenarnya pas dah sebut dlm harakah yg dia nak jadi KING MAKER. Hasrat jadi king maker ni dlm bahasa melayu bolehlah dikatakan sebagai nak jadi barua@broker! 

Pas sebagai 'king maker'

MUAMMAR QADDAFI
Pas berhasrat menjadi penentu politik negara.
Pas berhasrat menjadi penentu politik negara.
Sebarang rancangan Pas untuk membentuk kerajaan bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah mustahil, walaupun pada peringkat awal perpecahan pakatan Rakyat Pas mendakwa mereka lebih kuat bersendirian, hakikatnya mereka tahu yang ditipu adalah diri dan penyokong mereka sendiri.
Walaupun Pas dilihat sukar untuk menjadi kerajaan selepas PRU14, pimpinan mereka masih yakin jika strategi mereka mengena maka tidak mustahil Pas akan menjadi sebahagian daripada parti pemerintah selepas PRU14 nanti.
Ideanya adalah Pas sebagai "penentu utama" atau "King Maker", sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH) akan menguasai Putrajaya kelak, Pas, akan berusaha memperoleh jumlah kerusi yang mampu meletakkan parti mereka sebagai penentu.
Idea ini bukanlah idea yang baru timbul pada tahun 2017 sebaliknya telah disuarakan pimpinan Pas sejak akhir 2015 lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena