Saturday 28 January 2017

[Video] Kalau kerjasama dengan PAS gagal? 'Lantaklah', kata PPBM & Sebatang pokok berharga RM180K? Mewoh sungguh la rakyat Terengganu..."Biarkan si luncai terjun dgn labu2nya".

Ahad, 29 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Disebalik Tahun Melawat Terengganu, SPRM kini mula menyiasat projek projek dibawah kerajaan negeri Terengganu? Siapa sangka sebatang pokok berharga RM180K sebatang? 3 batang pokok payung emas yang diimport khas dari brazil. Mewoh sungguh la rakyat Terengganu.

Boleh dicari di sekitar Kuala Nerus, Terengganu.
Pokok paling bernilai setakat ini, harga pokok sahaja +-RM180, 000.00. tidak termasuk lain lain kos.

Pas tetap bersama Gagasan Sejahtera

Pas dan Ikatan menandatangani kerjasama sebagai Blok Ketiga pada Mac tahun lalu
Pas dan Ikatan menandatangani kerjasama sebagai Blok Ketiga pada Mac tahun lalu
Pas menegaskan akan tetap bersama Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang ditubuhkan bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sedia menceraikan Pas jika parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu menyertai Pakatan Harapan (PH).

"Setiap parti bebas menetapkan pendirian masing-masing.

"Jika Ikatan hendak meninggalkan Gagasan Sejahtera itu keputusan mereka. PAS akan terus bersama Gagasan Sejahtera," katanya, memetik Antarapos.
Malah Iskandar mengambil pendirian untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kenyataan Abdul Kadir.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi kepada sesuatu yang belum berlaku.

"Tunggulah sehingga ia berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Hadi dan kepimpinan Pas Pusat adalah selepas diperhalusi semua perkara.

"Sebarang keputusan yang dibuat oleh Presiden dan pimpinan Pas Pusat adalah setelah dihalusi semua fakta," jelas beliau.

Baru-baru ini Abdul Kadir berkata partinya tidak akan mengikuti Pas jika parti itu mahu bekerjasama politik PH.

Menurut Abdul Kadir, Ikatan tidak berminat dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.

Untuk rekod, Pas pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.

"Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa Pas.

"Sekarang ini kami blok ketiga kami ada juga gabungan dengan berpuluh lagi NGO tetapi soal rundingan nak masuk Pakatan Harapan itu kami tidak terlibat dan kami berminat," kata Abdul Kadir.
Abdul Kadir bagaimanapun berkata partinya tidak memberi tekanan dan halangan untuk Pas membuat keputusan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan Pas berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan PH

Pas-PPBM akan mengadakan satu pertemuan pada 2 Februari depan berhubung rundingan berkenaan.
CommentMalaysia Dateline
Avatar


Biarkan si luncai terjun dgn labu2nya

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena