Tuesday 24 January 2017

[Video] Wan Lebo "Jatuh dalam lobang, sambor bapak yu..." Siapa 'IKAN ROSAK DI KEPALA' nak jatuhkan ZAHID HAMIDI"?

Rabu, 25 Januari 2017


Image result for Gambar ikan busuk

Umno Perak nafi berlaku krisis dalaman mahu jatuhkan Ahmad Zahid

Malaysia Dateline
Datuk Saarani MohamadDatuk Saarani MohamadUmno Perak menafikan terdapat usaha untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, "rosak ikan bermula di kepala" yang diucapkan oleh Ahmad Zahid selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, adalah ditujukan kepada pembangkang bukan ahli Umno-BN.
"Saya ada bersama Datuk Seri Dr Zahid malam itu. Beliau sebut ada usaha untuk mengagalkannya di Bagan Datoh sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi BN Pusat.
"Katanya (Ahmad Zahid) jika ibarat ikan, maka mereka akan busukkan kepala terlebih dahulu (dirinya). Oleh sebab itu beliau minta jentera BN Bagan Datoh bekerja lebih kuat, tiga kali ganda daripada PRU13 lalu.
"Beliau minta jentera BN ubah kaedah merayu undi serta aktif dalam media sosial untuk menangkis fitnah pembangkang," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

SIAPA "IKAN ROSAK DI KEPALA" NAK JATUHKAN ZAHID HAMIDI"?


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan mahu menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam piliharaya umum akan datang.

Saya dapat tahu ada sasaran untuk menjatuhkan BN di Bagan Datuk dalam pilihanraya akan datang ini, katanya.

Bagaimanapun beliau menyifatkan usaha tersebut umpama "rosak ikan bermula di kepala."
Kenapa Zahid kelihatan begitu bimbang dengan kedudukannya yang mahu dijatuhkan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk?

Bukankah setiap kali pilihanraya beliau sentiasa menghadapi tentangan dan tindakan jatuh menjatuh antata pihak lawan dengan BN melalui peti undi adalah lumrah dan perkara biasa yang dibenarkan dalam undang-undang?

Jadi, apa yang peliknya jika Zahid mahu dijatuhkan dan kenapa kali ini beliau nampaknya begitu bimbang mengenainya?

Apakah usaha menjatuhkannya dalam PRU 14 bukan saja daripada pihak lawan, tetapi juga disedari oleh Zahid sudah bermula melalui gerakan dalam UMNO sendiri?

Siapa daripada dalam UMNO yang mahu menjatuhkan Zahid sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti?

Siapa pula yang Zahid maksudkan dengan perumpamaan "rosak ikan bermula di kepala"  yang mahu menjatuhkannya itu?

Adakah beliau menujukan kepada "seseorang" yang memang diketahui dan diperkatakan di seluruh dunia umpama "ikan yang rosak kepalanya" dan sekarang mahu menjatuhkannya pula?

Dengan begitu awal memperkatakan perkara ini,  Zahid seolah-olah semakin sedar bahawa usaha menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri akan dilakukan dengan cara menjatuhkannya dahulu sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Dalam hal ini, Bersatu dengan kerjasama Pakatan Harapan sudah tentu tidak menjadikan usaha menjatuhkan Zahid sebagai agenda utama mereka kerana yang lebih diutamakan ialah menjatuhkan UMNO dan BN itu sendiri. (SH 21/01/2017).
Posted by 

comments:

  1. Hahaha macam dah tahu pengundi akan tolak bn dalam pru14 nanti diparlimen bagan datok.
    Jadi keluarkan kenyataan sebegitu untuk merayu simpati dan jika kalah nanti sudah ada kambing hitamnya iaitu orang umno sendiri.
    Maka ada la alasan untuk lompat ke parti lain dengan alasan orang umno dah tolak dia.
    Apa-apa pun dalam pru14 nanti adu nasib la dulu sebagai calon umno/bn. Mana tau boleh menang. Kepala memang dah rosak pun malah dah berulat sampai ke ekor dah. Dah jadi bangkai yang teramat busuk.. busuk seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena