Friday, 20 January 2017

Tunggangan 'kapcai' terakhir Tahun Monyet di KL sebelum Tahun Ayam? Selamat datang ayam, selamat tinggal monyet...Polis mahu soal Guan Eng sehari sebelum Tahun Baru Cina.

Sabtu, 21 Januari 2017
Image result for Gambar monyet naik motor
monkeysonmotorcycles
, 0 komen
Hari-hari terakhir menunggang motosikal di ibu negara? Mungkin tidak.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor seolah-olah penunggang motosikal yang berhenti sekejap di lampu isyarat merah.
Beliau pada Rabu berkata larangan 'kapcai' masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika rakyat tidak bersetuju.
Mk.
Selamat datang ayam, selamat tinggal monyet
, 0 komen
Kehangatan sambutan Tahun Baru Cina semakin terasa kira-kira dua minggu sebelum ia tiba.
Sesuai dengan tradisi, warna merah menjadi pilihan masyarakat Cina meraikan kedatangan tahun baru mengikut kalendar mereka.
Antara bangunan yang sedang dihias ialah Kuil Thean How di Taman Persiaran Desa, Seputeh di Kuala Lumpur.
Mengikut kalendar Cina, mereka akan mula memasuki tahun ayam mulai 28 Januari ini.

Polis mahu soal Guan Eng sehari sebelum Tahun Baru Cina

Pihak polis mahu menyoal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi berkaitan kenyataan yang dibuatnya pada 23 November lalu, yang menggesa parti-parti komponen BN meninggalkan gabungan itu.
Lim menggesa Gerakan, MCA, MIC dan SUPP berbuat demikian berhubung pendirian gabungan itu terhadap cadangan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Tetapi kali ini, pihak polis mahu sesi dengan beliau itu diadakan pada 27 Januari, iaitu sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.
"Mereka juga boleh menangkap saya! Adakah mereka tidak tahu itu hari apa?" kata Lim kepada Malaysiakini.
"Ia dapat difahami jika mereka tidak menghormati saya sebagai ketua menteri, tetapi hari sebelum Tahun Baru Cina adalah hari yang sangat istimewa bagi kami," katanya.
Hari sebelum Tahun Baru Cina sangat istimewa bagi masyarakat Cina kerana kebanyakan mereka akan mengadakan majlis makan malam dengan keluarga dan saudara-mara dari jauh dan dekat.
Masyarakat itu juga dianggap sebagai "nasib malang" untuk pihak berkuasa datang mengetuk pintu rumah seseorang semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Lim berkata beliau tidak akan melayannya dan biarlah ditahan kerana beliau mempunyai jadual yang ketat sepanjang perayaan itu.
Khamis lalu, dua pegawai polis dari Ampang, Kuala Lumpur, menyoal Lim di pejabatnya selama 30 minit berhubung kenyataan beliau itu.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang berkaitan dengan menyiarkan kenyataan berbaur hasutan.
Lima laporan polis dibuat terhadap beliau di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Salah seorang yang membuat laporan itu adalah seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Ampang.
Lim menyifatkan siasatan itu sebagai "remeh" dan "dwi-standard", dengan berkata beliau telah menjawab soalan apabila mereka menemuinya minggu lepas.
Lim menafikan mempersoalkan Islam, dengan berkata beliau hanya memberi pandangannya mengenai cadangan pindaan kepada Akta 355, dengan mendakwa ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Jika saya tidak boleh memberi pandangan saya, bagaimana kita membahaskan perkara ini di Parlimen. Saya seorang ahli Parlimen, saya pasti akan membangkitkan isu ini di Dewan yang mulia itu," kata ahli Parlimen Bagan itu.
Pindaan yang dicadangkan itu, yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bertujuan untuk meminda had hukuman sekarang dan meningkatkannya kepada hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
Hukuman syariah sekarang dihadkan kepada penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena