Friday 20 January 2017

Tun M - Jawatan TPM, MCA yang mahu, bukan DAP & 'DAP Penang tunjuk perangai Islam kepada Kerajaan Umno!'

Sabtu, 21 Januari 2017
DAP PENANG TUNJUK PERANGAI ISLAM KEPADA KERAJAAN UMNO!! .

Jawatan TPM: MCA yang mahu, bukan DAP - Dr M

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, MCA yang memohon jawatan timbalan perdana menteri selepas pada mulanya mendakwa DAP yang membuat permintaan itu.
"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua.
"Saya ingin perbetulkan kesilapan. Bukan DAP tetapi adalah MCA," jelas beliau dalam blognya hari ini.
Kata Mahathir, permintaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pada tahun 2009.
Mahathir turut melampirkan laporan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mengenengahkan permintaan Loke kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Laporan itu berbunyi: "Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.
"Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara."
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena