Thursday 26 January 2017

[Video] Ayam dicuri menjelang sambutan tahun ayam! SPRM beri amaran kepada 'ikan yu' atau 'ikan bilis'? 'Politik melutut kembali...' Salam damai DAP diperlekeh Pas?

Jumaat, 27 Januari 2017

Foto Suara Rakyat.

FAKTA..

"Malaysia adalah negara terbersih rasuah" - Shahidan Kassim, (1/10/2013)

"RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak tidak menunjukkan sebarang perbuatan rasuah." - SPRM, (9/3/2016)

"PM Malaysia bersih daripada rasuah" - Peguam Negara, (26/1/2016)

"Najib tidak lakukan kesalahan rasuah" - Azalina Othman, (10/3/2016)

"Najib tak salah, LGE yang berdepan tuduhan rasuah" - Annuar Musa, (22/7/2016)

HAKIKATNYA.. cina-DAP juga yang disalahkannya...

SPRM tujukan amaran kepada “ikan yu” atau sekadar “ikan bilis”?

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Adakah amaran “tunggu” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang terlibat rasuah itu ditujukan khas kepada “Malaysia Official 1” (“MO1”) yang dirujuk secara meluas sebagai perdana menteri?
Atau ia sekadar peringatan keras kepada “ikan bilis” sambil membiarkan “ikan yu” dilepaskan begitu sahaja?
Demikian yang dipersoalkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberi peringatan terhadap ahli politik yang melakukan rasuah bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi.
Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja – tunggu.Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini,” kata Dzulkifli dalam temubual bersama Astro Awani malam semalam.
Mengulas lanjut kenyataan itu, menurut Kit Siang, rakyat negara ini sudah muak dengan pelbagai alasan SPRM apabila “rasuah besar-besaran” melibatkan pemimpin politik dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mereka satu “spesis” yang harus dilindungi.
Alasan kekurangan peruntukan untuk mengaji kakitangan antaranya, kata beliau, adalah tidak boleh diterima kerana SPRM menerima RM250 juta peruntukan pada 2016 iaitu bersamaan enam kali ganda peruntukan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2000.
“Bolehkah Dzulkifli keluarkan laporan yang menunjukkan bahawa SPRM enam kali ganda lebih efektif daripada BPR pada 2000 dalam membasmi gejala rasuah, menahan dan menghukum sekecil-kecil dan sebesar-besar pesalah rasuah?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Namun, katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, dengan peruntukan yang lebih tinggi itu kedudukan Malaysia mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) masih ditahap yang rendah malah terus merosot sejak 2001.
“Kedudukan Malaysia pada tahun 2001 menurut CPI yang dikeluarkan TI itu adalah di kedudukan 36 daripada 91 negara dengan skor 50 daripada 100.
“Namun pada tahun lalu, kedudukan itu jatuh ke tangga 55 daripada 176 negara dengan skor yang lebih rendah di bawah separuh iaitu 49.
“Adakah ini peningkatan prestasi sebanyak enam kali ganda SPRM berbanding BPR pada tahun 2000?” soalnya.
BPR merupakan agensi terdahulu yang diberikan tanggungjawab menjalankan tugas membanteras kegiatan rasuah di negara ini sebelum digantikan dengan SPRM pada 2009. – Roketkini.com.

Salam damai DAP diperlekeh, anggap pembangkang akui kekuatan Pas

Huluran perdamaian DAP dianggap sebagai pengakuan parti parti pembangkang tentang kekuatan Pas.
Huluran perdamaian DAP dianggap sebagai pengakuan parti parti pembangkang tentang kekuatan Pas.
Pas melalui lidah rasminya, Harakah edisi terkini mempersendakan kesediaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengajak Pas berdamai bagi tujuan menumbangkan kerajaan kleptokrasi yang ditunjangi Umno-BN.
Semakan Malaysia Dateline terhadap edisi terbaru akhbar itu mendapati isu itu disentuh pada tajuk berita utama di N3, "Awas wayang DAP" dengan memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan bahawa Pas tidak akan teruja dengan DAP.
Sisipan Fikrah dalam akhbar Harakah mempersenda parti-parti pembangkang yang didakwa melutut kepada Pas.
Terus bernada garang menyerang DAP dan pada masa sama memperlekeh Amanah, dapat diteliti pada sisipan Fikrah akhbar tersebut dengan tajuk muka depan, "Melutut kembali..." disusuli dua halaman penuh laporan bercorak fokus itu.

  • Avatar




    org sombong selalu rugi, biarkan2 si luncai terjun dgn labu2nya..... org sedang mabuk bercinta (dgn umporno) mudah lupa diri.....




      • Avatar




        Semua caca marba dlm ph ni bermula dgn kluster tertentu dlm pkr yg masih menganggap pascai macam tok pekong mereka. Pkr telah banyak dikhianati, presiden pkr dihina tahap terlekeh, anwar pun dimaki hamun, malah pas jugak ugut utk rampas kerusi2 pkr. Namun kluster ini tidak pun rasa terhina, malu atau kesipuan. Suara yg paling berhemah ternyata datang drpd ustaz ahmad awang yg begitu komited terhadap pr/ph dan amat memahami luar dan dlm pas. Beliau tahu sbb beliau pun pernah dikhianati oleh pas.
        Lupakan pas parti tak guna tu

      0 comments:

      Post a Comment

      Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
      SILA LAYARI
      Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
      PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

      Popular Posts

      © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

      Designed by ScreenWritersArena