Monday, 30 January 2017

[Video Tanpa PAS pun PH masih boleh tewaskan Najib] Apelah Jib! Indonesia bantah AS, Najib masih diam? Pembisuan Najib yang memalukan negara - Amanah

Selasa, 31 Januari 2017

Image result for Gambar donald Trump

Indonesia bantah AS, Najib masih diam?

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu telah mengundang bantahan Indonesia.
Negara yang memiliki penduduk Islam terbesar di dunia itu menyifatkan keputusan Presiden AS ke-45 itu sebagai “pemeriksaan ekstrem”.
Walaupun tidak termasuk daripada senarai terbabit, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, negaranya kesal dengan arahan Trump pada 27 Januari lalu iaitu seminggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden.
Trump pada Jumaat lalu, menggantung program kemasukan pelarian ke AS selama empat bulan serta menyekat kemasukan pelawat dari Syria dan enam negara majoriti Islam lain buat sementara iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Menurut Trump, perintah yang berkuatkuasa serta-merta itu bagi memastikan pengganas tidak berada di negaranya sekaligus melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al Hussein melalui laman sosial Twitternya menganggap langkah Trump tersebut sebagai 'haram' serta membawa kemudaratan dan kesakitan kepada mereka terbabit.
Beliau dilapor berkata, sekatan 90 hari yang dikeluarkan Trump tidak menggunakan sumber yang betul dalam langkah memerangi jenayah keganasan bahkan diskriminasi atas kewarganegaraan semata-mata adalah dilarang sama sekali di bawah undang-undang hak asasi manusia.
Ekoran kemarahan larangan perjalanannya ke atas tujuh negara Islam itu juga hampir sejuta rakyat Britain menandatangani petisyen mendesak kerajaan supaya membatalkan kunjungan rasmi Trump ke negara itu termasuk mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pagi ini mendapati kerajaan Malaysia sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bantahan rasmi berhubung arahan Trump itu.
Dalam perkembangan berkaitan, DAP melalui kempen #NoMuslimBan akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di Jalan Tun Razak di ibu negara pada Jumaat (3 Februari) ini selepas solat Jumaat.

Pembisuan Najib yang memalukan negara

ULASAN Adakah kita benar-benar mempunyai ketua di parlimen hari ini? Bukan sahaja perdana menteri jarang sekali hadir di parlimen, ketokohan kepimpinan beliau dan kewujudan beliau juga sangat tidak dirasai dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Apabila seluruh dunia memberi respons mengecam tindakan Trump menghalang kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam ke Amerika, Najib yang dikatakan rakan kepada negara Islam ini, terus mendiamkan diri seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Lebih sukar untuk difahami juga apabila Pas, penasihat agama Najib juga boleh mendiamkan diri dalam hal ini sedangkan pemimpin bukan Islam daripada DAP mampu memberi reaksi kemarahan terhadap tindakan tersebut. Adakah kes 1MDB yang mengaitkan Najib di mahkamah Amerika menjadi penyebab yang mengunci mulut Perdana Menteri Malaysia ini?
Amerika yang mengaku bahawa mereka pernah menuduh Iraq secara salah terhadap tuduhan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran, sehingga hari ini masih kekal menjajah dan menceroboh negara-negara Timur Tengah demi mengaut keuntungan hasil sumber minyak. Hari ini, Iraq masih huru-hara, dan ironinya warga Iraq yang pernah membantu dan merisikokan nyawa mereka untuk Amerika, kini dihalang untuk memasuki Amarika.
Begitu juga Yaman yang saban hari dibom oleh Arab Saudi menggunakan senjata yang dibekalkan oleh Amerika, juga oleh Tentera Udara dan Laut Amerika, apabila rakyat Yaman cuba keluar dari negara bergolak itu, mereka dihalang untuk memasuki negara Amerika dan terus dibiarkan menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran itu.
Ironinya, 85 peratus daripada "pengganas" yang mengebom World Trade Center pada 11 September 2001 adalah berasal dari negara Arab Saudi, dan Arab Saudi yang tidak pula mendapat sekatan untuk memasuki Amerika. Itu tidaklah menghairankan kerana mereka adalah negara muslim yang menjadi boneka Amarika dan ditadbir secara autokratik dan tidak secara demokratik.
Najib entah bagaimana, melihat adalah betul untuk menghantar angkatan tentera Malaysia untuk menganggotai gabungan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi untuk berlatih di negara padang pasir itu, dan menjadi satu satunya negara bukan Arab dan Afrika yang menjadi negara mesra Amarika. Mungkin Najib fikir adalah betul tindakan beliau untuk sentiasa tunduk dan akur pada kehendak dan tindakan negara yang kaya dan berkuasa seumpama Amarika dan Arab Saudi berbekal sudut pandang beliau sebagai seorang kelompok bangsawan.
Sebaliknya, apabila berhadapan negara kecil seperti Myammar, sikap Najib jelas berbeza, dalam kes penindasan muslim Rohingya misalnya, beliau berani memberi respons, namun itu pun setelah tekanan oleh pihak Pakatan Harapan, walaupun usul dari ahli parlimen Pakatan untuk mengecam Myammar ditolak, namun Najib berani pula mengambil langkah populis dengan mengadakan satu "sidang parlimen" peribadi di Stadium Titiwangsa bersama penasihatnya, Pas mengecam kekejaman terhadap umat islam di Rohingya.
Malaysia di bawah Perdana Menteri Najib Razak bukan sahaja tunduk kepada Amerika, tetapi turut tunduk kepada negara Komunis China dengan membenarkan penguasaan ekonomi secara besar-besaran oleh negara itu, sungguh kita merindui suara pemimpin negara yang berani bersuara mewakili negara-negara kecil dunia ketiga yang akhirnya mendorong dan melahirkan rasa kagum pemimpin dunia terhadap pemimpin kita. Malangnya hari ini, Malaysia lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi dan tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan negara negara yang lemah.
Ahli parlimen Umno yang beragama Islam menegaskan bahawa Najib tidak boleh dikritik kerana berdiam diri terhadap tindakan Amerika melakukan sekatan terhadap tujuh negara muslim kerana ia merupakan janji pilihan raya Trump, jadi adakah dengan alasan yang sama kita patut merelakan janji pilihan raya Trump untuk memindahkan kedutaan Amarika ke Jerusalam? Sekaligus mengiktiraf tuntutan Israel ke atas bandaraya itu.
Inilah nilai pemimpin Umno hari ini, dan apakah respons yang telah penasihat agama berikan dalam hal ini? Berkecuali sekali lagi?
Raja Bahrin Shah ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Ketua Biro Antarabangsa Amanah

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena