Thursday 26 January 2017

[Video] 2017 CNY video clip 'Tangkap Ayam'...Jamil Khir & Asyraf Wajdi berhentilah main politik isu Tabung Haji mangsa fitnah.

Jumaat, 27 Januari 2017

Foto Rafizi Ramli.
Foto Rafizi Ramli.
PENDAKWAAN TERHADAP BEKAS CEO ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BUKTI PENGURUSAN “PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN PELABURAN STRATEGIK” TABUNG HAJI PERLU ROMBAKAN
Hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) beberapa buah anak syarikat Tabung Haji, Dato’ Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah semasa beliau mengetuai pengurusan TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Saya berharap dengan pendakwaan yang dibawa oleh beliau, menteri-menteri yang bertanggungjawab iaitu Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengulangi permainan politik kononnya Tabung Haji menjadi mangsa fitnah ahli politik seperti saya.
Sejak tahun lalu, saya secara berterusan menumpukan perhatian kepada kes-kes penyelewengan dan kerugian yang berlaku di Tabung Haji kerana saya berasa terpanggil untuk membela pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Salah satu kes yang saya paling lantang mengkritik ialah pelaburan Tabung Haji di dalam Ramunia Holdings Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai THHE.
Maka, pendakwaan ke atas Dato’ Nor Badli hari ini membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya.
Malah, sejak setahun lalu saya juga telah buktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE, tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu (yang diceburi oleh Tabung Haji sebagai pelaburan strategik, bukannya pelaburan biasa) yang lebih banyak rugi dari untung.
Oleh sebab itulah saya secara berterusan menyuarakan keperluan merombak pengurusan fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan (“business development and investment”) di Tabung Haji kerana ternyata pelbagai bidang perniagaan baru yang diceburi oleh Tabung Haji lebih banyak merugikan dari menguntungkan.
Sementara Dato’ Nor Badli akan melalui proses undang-undang yang seadanya, bagaimana pula dengan pimpinan dan pengurusan kanan Tabung Haji yang bertanggungjawab menyemak dan meluluskan keputusan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat bermasalah seperti TH Heavy Engineering (dulunya Ramunia Holdings Berhad) sehingga rugi beratus juta wang pendeposit?
Justeru, saya menyeru supaya menteri bertangungjawab dan Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim berdepan dengan rakyat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1. Siapa yang bertanggungjawab membawa cadangan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat ini atau sektor tertentu (yang Tabung Haji tidak ada kepakaran dan pengetahuan perniagaan yang kukuh) sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta?
2. Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji? Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?
3. Apa bentuk rombakan yang telah dilaksanakan untuk memastikan fungsi pembangunan perniagaan dan pelaburan strategik (“business development and strategic investment”) tidak mengulangi kesilapan lalu?
Malangnya, saya percaya selagi Lembaga Pengarah Tabung Haji dipenuhi dengan lantikan politik di kalangan orang kuat Umno, langkah-langkah (1) hingga (3) di atas tidak akan dibuat. Akibatnya, Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kerugian yang mungkin akan keluar satu persatu.
(Picture credit to Nasir Sufari from Malaysiakini)
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Video satira “Tangkap Ayam” Tahun Baru Cina papar mesej selamatkan  Malaysia, bebas Anwar

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Perayaan Tahun Baru Cina 2017 ini sekali lagi dimeriahkan dengan sebuah video satira “Tangkap Ayam” terbitan Pejabat Ahli Parlimen Seputeh yang dilancarkan hari ini.
Video berkenaan boleh ditonton terus di: https://www.youtube.com/watch?v=Neqj7qJ84bc
Klip video berdurasi 6.12 minit ini memberi mesej yang sangat penting kepada rakyat Malaysia tentang gejala rasuah, kemelesetan ekonomi dan penyelewengan yang berlaku dalam negara ini.
“Kehidupan semakin susah, ringgit sudah jatuh, tetapi kes korupsi makin berleluasa dan amaun yang terlibat semakin besar,” kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam video berkenaan.
Selain Teresa, turut membintangi dan menjayakan video berkenaan ialah Adun Balakong, Eddy Ng Tien Chee, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Adun Kinrara, Ng Sze Han serta menampilkan coordinator #March2Freedom Nurul Nuha Anwar.
Nurul Nuha dalam video itu mengimbau perasaan sayu mengenang bagaimana keluarganya telah dipisahkan dari sang ayah yang terpenjara akibat tuduhan palsu dalam perjuangannya membawa perubahan.
“Harap tahun ini adalah tahun baru kita membawa perjuangan, membawa perubahan…” katanya sedih.
Selain itu, “Tangkap Ayam” turut menyindir sikap membisu MCA dan Gerakan yang dilihat takut untuk menyuarakan keresahan rakyat dan negara.
“Saya tunggu punya tunggu bila MCA dan Gerakan akan tolong kejar orang yang curi duit rakyat…Dia tak da berani punya…” kata Rafizi dalam video tersebut. -Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena