Wednesday, 18 January 2017

[Video] Seorang To' Guru mengatakan 'Wajib Sokong Umno' (Mu tak dok naik lori, aku naik lori ermm!) Hukum bersengkongkol dengan pemimpin yang zalim

Khamis, 19 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.

Ehehehhh....bodoh tahap gaban!
Foto Suara Rakyat.
Jahanam Felda dibuatnya oleh kedua2 'ANAK PAK SAMAD'

Isa SAMAD.. sibuk beli hotel.
Shahrir SAMAD.. sibuk jual hotel.

Bila Isa SAMAD sama umum beli hotel, tumpang seronoklah peneroka2 dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut menandakan kejayaan mereka. KAH KAH KAH !!

Kata orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?

Yang untungnya..'TUAN PENASIHAT' 25% tibai dulu..

DAP tubuh biro parlimen untuk bela nasib peneroka Felda

DAP telah menubuh biro parlimen mengenai Felda untuk membela nasib peneroka Felda, kata pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Katanya, parti itu menubuhkan biro tersebut untuk menyokong ahli Parlimen (MP) DAP dalam membela nasib peneroka Felda bagi memastikan mereka tidak jadi mangsa terbaru ketidakadilan.
Biro itu, katanya, akan dipengerusikan oleh MP DAP Raub, Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz dan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai timbalan pengerusi.
Dalam satu kenyataan semalam, Lim berkata pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi baru Felda bukan sahaja gagal untuk mengurangkan kebimbangan peneroka Felda, ia sebenarnya telah membawa kepada lebih banyak pergolakan dalam pasaran saham berikutan cakap-cakap bahawa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mungkin diswastakan.
Shahrir, tambahnya, perlu lebih berhati-hati dalam kenyataannya dan tidak menjejaskan keadaan dengan spekulasi kemungkinan FGV diswastakan, tanpa sebarang kajian yang dibuat.
Sebelum Shahrir dapat meyakinkan peneroka Felda berhubung isu-isu yang timbul, seperti kontroversi Felda mengambil alih kepentingan 37 peratus dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations (EHP), timbul pula kontroversi yang baru, kata Lim.
Pengkritik, termasuk Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Abdul Razak, telah berkata bahawa pembelian EHP itu terlalu mahal.
Juga dilaporkan pada hari Isnin bahawa Felda bercadang untuk menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Maybank bagi mengumpul sehingga RM280 juta.
Lim menegaskan bahawa peneroka Felda merupakan pengundi majoriti di sekurang-kurangnya 54 daripada 222 kerusi parlimen, dan telah membantu membawa BN berkuasa pada setiap pilihan raya.
Keadaan itu, tegas Lim, mungkin berubah, kecuali rungutan dan aduan peneroka Felda diberikan jawapan yang memuaskan oleh kerajaan.
Anggota lain biro tersebut ialah MP Batu Kawan MP Kasthuri Patto, ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Puji dan ADUN Kuala Kubu Baru Lee Kee Hiong, yang akan menjadi naib pengerusinya.
Dyana Sofya akan menjadi setiausaha dan biro itu digenapkan oleh ahli-ahlinya A Sivanesan, Terence Naidu, Young Syefura Othman, Cheong Siow Foon, Bakar Ismail, Shifa Nurul, Mazir Ibrahim, A Ramakrishnan, S Veerapan, Leong Yu Man dan Ahmad Rizal Selamat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena