Thursday, 26 January 2017

[Video] Mahathir DEDAH Pendirian PAS Terhadap Najib & BN! DAP tak 'kemaruk' jawatan TPM, tapi sejak bila TPM hanya untuk UMNO? Utusan dan UMNO kaki putar belit!

Jumaat, 27 Januari 2017

DAP tak minta jawatan TPM, tapi sejak bila TPM hanya untuk UMNO?


Semalam 25 Januari 2017, Selasa saya menulis “Apa Salahnya DAP menjadi TPM?” yang kemudiannya disiarkan di portal Malaysiakini. Komen-komen pembaca di ruang komen artikel tersebut pelbagai. Ada yang munasabah, terbuka malah ada juga yang masih terkongkong dalam tempurung perkauman. Hari ini 26 Januari 2017, Utusan Online dan saya percaya Utusan cetak juga ada menyiarkan berita merujuk kepada tulisan saya di Malaysiakini.
Utusan Online menaikkan suatu laporan bertajuk “Malaysiakini sokong Kit Siang jadi TPM” dengan merujuk tulisan saya di Malaysiakini. Setelah membaca laporan Utusan Online tersebut saya hanya mampu tersenyum dengan “skill” putar belit Utusan yang sememangnya telah terkenal sejak sekian lama.
Tulisan saya “Apa Salahnya DAP menjadi TPM?” bertujuan menjelaskan tentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan yang digubal tidak membezakan warga negara malah memberikan hak sama rata kepada seluruh warga negara walau pun terdapat beberapa peruntukan yang memberikan hak istimewa kepada Melayu.
Hak istimewa kepada Melayu yang diperuntukkan melalui Perkara 153 Perlembagaan tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa termasuk DAP malah DAP bersama rakan-rakan dari Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersepakat untuk mempertahankannya.
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah peruntukkan bahawa seorang Perdana Menteri hendaklah Melayu atau beragama Islam. Perkara 43 (2)(a) jelas peruntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”.
Perlembagaan Persekutuan juga tidak mensyaratkan bahawa seseorang Perdana Menteri hendaklah dari parti UMNO atau Barisan Nasional. Seseorang itu layak dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri hanya jika seseorang itu adalah Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti. Justeru jika seseorang itu dari MCA atau MIC atau Gerakan yang menjadi pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat sokongan majoriti ahli dewan, dia layak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Syarat wajib untuk membolehkan seseorang dilantik menjadi Perdana Menteri adalah mesti ahli Dewan Rakyat dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Itu sahaja. Jika untuk menjadi Perdana Menteri tidak disyaratkan tentang bangsa, agama atau parti, apatah lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tidak pun diperuntukkan di dalam Perlembagaan.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri hanya semata-mata lantikan Perdana Menteri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2)(b) bahawa “atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain dari kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.”
Utusan dan UMNO kaki putar belit
Utusan Malaysia dan para pimpinan UMNO memutarbelitkan isu ini bahawa Lim Kit Siang beriya-iya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kenapa dipolemikkan bahawa Kit Siang mengimpikan jawatan Timbalan Perdana Menteri? Kenapa dikecohkan DAP mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri? Di mana salahnya jika Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri? Adakah salah Kit Siang hendak jawatan tersebut kerana dia seorang berbangsa cina? Kenapa ditakut-takutkan dengan bangsa cina yang sah warganegara Malaysia sama seperti Melayu dan lain-lain bangsa? Kenapa perkauman ini diangkat ke tahap sebegini?
Perdana Menteri Malaysia sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih pentadbiran negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep 1Malaysia sehingga seluruh negara diminta mengangkat jari telunjuk dalam pelbagai majlis. Setiap kali pembukaan majlis rasmi tidak kira di mana akan diucapkan “Salam 1Malaysia”.
Konsep 1Malaysia diangkat kononnya untuk menyatukan seluruh kaum di Malaysia tetapi malangnya pentadbiran Najib jugalah yang memainkan isu perkauman hanya kerana takut kuasa mereka hilang selepas PRU14 akan datang. Di sini dilaungkan 1Malaysia tapi di sana memomokkan isu perkauman. Adakah ini yang kita mahukan. Seperti pepatah “cakap tidak serupa bikin”.
Saya ingin menarik perhatian sekali lagi bahawa DAP bukan parti bangsa cina. DAP bukan parti perkauman. Kami di dalam DAP tidak pernah membezakan bangsa dan agama. Semua bangsa dan agama bebas mengamalkan adat tradisi dan agama masing-masing.
Apa guna berperdana-menterikan seorang Melayu jika Melayu tidak dimartabatkan. Apa guna Timbalan Perdana Menteri Melayu jika Melayu merempat di sana sini mengharapkan ehsan. Perdana Menteri Melayu itulah yang menerima “derma” kononnya ke dalam akaun peribadi. Perdana Menteri Melayu itulah yang mencipta hutang dan membebankan Melayu dan seluruh warga negara dengan hutang. Apa guna menteri-menteri Melayu jika kementerian-kementerian di bawah jagaan mereka beratus juta wang negara disonglap dan diseleweng? Apa guna pegawai-pegawai tinggi kerajaan Melayu jika mereka mengamalkan rasuah dan menyeleweng dana negara kepunyaan seluruh warga negara?
Isu DAP dan Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri ini sengaja dihebohkan bagi menutup segala isu luar biasa yang melingkari para pimpinan Melayu UMNO yang sedang menerajui negara dan pelbagai GLC. Isu ini sengaja diangkat bagi mengalihkan perhatian masyarakat tentang kerja buruk para pimpinan Melayu UMNO.
Rakyat Malaysia tidak perlu risau dan takut, jika Melayu UMNO itu jatuh selepas PRU14 nanti, Melayu lain akan menggantikan mereka. Kami Melayu di dalam DAP akan menggantikan Melayu UMNO. Rakan-rakan di dalam AMANAH, PKR dan PPBM juga Melayu yang boleh malah lebih layak menggantikan Melayu UMNO yang sudah rosak. Melayu bukan hanya UMNO.
Yang akan mentadbir negara selepas PRU14 akan datang bukan Melayu rosak UMNO tetapi Melayu dan rakan-rakan bangsa lain yang lebih baik dari yang sudah rosak. Kerajaan Malaysia baru selepas PRU14 akan lebih menjamin keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada Malaysia.
Yakinlah bahawa Malaysia lebih baik tanpa Melayu UMNO! – Roketkini.com
*Zulhazmi Shariff adalah Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena