Thursday, 26 January 2017

[Video] BONGKAR Anak Syarikat Milik Penuh Felda RUGI BESAR & Siapa Makan DUIT PENEROKA? Melayu PH, PPBM lebih layak gantikan Melayu Umno.

Jumaat, 27 Januari 2017

Sejak ditubuhkan ia hanya beroperasi sekitar dua tahun setengah sebelum ia diisytiharkan muflis pada awal Mac 2016 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan saman tuntutan hutang oleh sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia bernama Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd.

Melayu PH, PPBM lebih layak gantikan Melayu Umno yang rosak

Tampil memberi reaksi terhadap artikelnya yang didakwa telah diputar belit oleh Utusan Malaysia, peguam Zulhazmi Shariff memberi jaminan bahawa kejatuhan pemimpin Melayu Umno akan diganti dengan Melayu daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih baik.  
Zulhazmi Shariff
Zulhazmi Shariff
Rakyat Malaysia tidak perlu risau dan takut, jika Melayu Umno itu jatuh selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti, Melayu lain akan mengantikan mereka. Kami Melayu dalam DAP akan menggantikan Melayu Umno. Rakan-rakan di dalam AMANAH, KeADILan dan PPBM juga Melayu yang boleh malah lebih layak menggantikan Melayu Umno yang sudah rosak. Melayu bukan hanya Umno.
"Yang akan mentadbir negara selepas PRU14 akan datang bukan Melayu rosak Umno tetapi Melayu dan rakan-rakan bangsa lain yang lebih baik dari yang sudah rosak. Kerajaan Malaysia Baru selepas PRU14 akan lebih menjamin keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada Malaysia. Yakinlah bahawa Malaysia lebih baik tanpa Melayu Umno," tegasnya dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena