Tuesday 24 January 2017

[Video] "Dah puas balun buat hutang #1MDB RM50 bilion dikatanya pula bukan hutang kerajaan?" Cadangan Amanah-DAP gabung: Sediakah Pas bersama lawan BN?

Rabu, 25 Januari 2017

Foto Suara Rakyat.
Dah puas balun buat hutang #1MDB RM50 bilion dikatanya pula bukan hutang kerajaan...???

Mudahnya jadi kerajaan.. Dah berkali-kali Najib kantoi menipu rakyat.

Cadangan Amanah-DAP gabung: Sediakah Pas bersama lawan BN?

Pas mesti menyatakan pendirian sama ada parti itu bersedia atau tidak untuk berkongsi komitmen dengan Pakatan Harapan bagi membanteras kleptokrasi, kata ahli parlimen DAP, Lim Lip Eng.
Beliau berkata, Pas mesti menyatakan sama ada bersedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, termasuk DAP dan Amanah untuk menentang Umno atau sebaliknya bersedia bekerjasama dengan Umno bagi menghancurkan DAP dan Amanah.
"Adakah Pas akan berdamai dengan Amanah dan kembali ke pangkuan Pakatan Harapan untuk menentang Malaysian Malaysian Official 1 (MO1) dan Umno-Barisan Nasional? soalnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas cadangan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Samad semalam supaya Amanah bergabung dengan DAP bagi menyelesaikan masalah parti-parti pembangkang berkenaan peruntukan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.
Lim berkata, Pas perlu menjawab beberapa persoalan sebelum menuduh pembangkang sedang berhadapan masalah kerana parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan lantaran kehadiran Amanah dan DAP.
"Adakah Pas akan berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin hasil gabungan DAP-Amanah itu yang akan dilihat lebih Islami?

"Adakah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berkempen untuk calon-calon DAP-Amanah, melawan Umno dalam pilihan raya, sekiranya Amanah bergabung dengan DAP?

"Adakah Pas akan menjamin tidak akan ada satu pun pertandingan tiga penjuru daripada PAS di kerusi-kerusi Pakatan Harapan melawan BN sekiranya DAP dan Amanah bergabung dan Pas kembali ke pangkuan Pakatan?

"Apa yang lebih penting, adakah Pas akan menarik balik RUU355, atau mengundi menolaknya di Parlimen atas dasar ia bertentangan dengan Perlembagaan, sekiranya Amanah bergabung dengan DAP, dan Pas kembali ke pangkuan Pakatan Harapan?" soalnya.

Lim berkata, Iskandar dan kepimpinan Pas sepatututnya menyoal diri sendiri, kenapa bekas Mursyidul Am Pas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama-sama kepimpinban Pas dahulu memilih untuk tetap bersama PKR dan DAP menentang kerajaan Umno pada PRU 2013.

"Kenapa Nik Aziz bekerjasama dengan Lim Kit Siang yang ‘kafir’ dan bukannya Datuk Seri Najib Razak yang ‘beriman’ namun Najib menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi selain namanya turut terpalit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta skandal kewangan 1MDB?

"Pas sewajarnya bertindak secara jujur dan menyatakan pendirian jelas kepada para pengundi, tentang Najib dan skandal 1MDB. PAS mesti menyatakan siapakah ‘MO1’ dan sama ada MO1 serta mereka yang bersekongkol dengannya mesti dihukum kerana merompak berbilion kekayaan negara, menjatuhkan nilai Ringgit sehingga 45% berbanding Dolar sepanjang empat tahun lalu, dan memporak-perandakan ekonomi negara," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena