Monday 7 November 2016

[Video] SUDAH TERGADAI!! Najib (Umno) Jual Murah-Murah JANAKUASA ELEKTRIK Pada China...Ooi! "Annuar (Umno) ni salah DAP jugak ke?"

Selasa, 8 November 2016



Pelancaran Pusat Peduli Rakyat PPR 20 DUN dan 7 Parlimen telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Tuan Hj Sallehuddin Ayub pada 6 Nov 16 di Pusat Peduli Rakyat Dun Hulu Kelang. Semua Penyelaras PPR sudah diumumkan dan dua orang daripadanya ialah wanita iaitu PPR Sri Serdang Penyelarasnya Pn Sazana Isa Ketua AWAN Selangor dan PPR Paya Jaras Ustazah Mariam Abdul Rashid Naib Pengerusi 3 Amanah Selangor. Semoga mereka yang diamanahkan dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing yang boleh melonjakkan imej terbaik dan positif Amanah serta PH di mata rakyat.
KENYATAAN MEDIA
Parti Amanah Negara (Amanah)
Negeri Selangor Darul Ehsan.

AMANAH SELANGOR LANCAR PUSAT PEDULI RAKYAT (PPR) DI 20 DUN DAN 7 KAWASAN PARLIMEN.
1. Hari ini Amanah Selangor melancarkan Pusat Peduli Rakyat (PPR) secara serentak untuk 20 Dun dan 7 kawasan Parlimen sebagai satu usaha bersepadu menggembeleng kuasa politik rakyat Selangor dan dalam masa yang sama meneruskan tradisi kepedulian dan keprihatinan rakyat melalui khidmat yang berterusan. Inisiatif ini dijelmakan bertujuan memastikan Pakatan Harapan terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
2. Tujuan penubuhan PPR yang dilancarkan di Hulu Kelang, Gombak pada hari ini ialah untuk meyakinkan rakyat Selangor berhubung kelangsungan khidmat kerajaan negeri melalui Amanah Selangor sebagai mewakili kerajaan Pakatan Harapan Selangor secara lebih terancang dan berkesan. Ia juga bagi memastikan gerakerja bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan dapat digerakkan secara lebih erat dan tersusun di dalam usaha memenangi hati rakyat Selangor terutamanya untuk berdepan di dalam PRU14 nanti.
3. Kami berdoa agar Allah SWT memberkati usaha kami dan mempermudahkan urusan kami di dalam merealisasikan konsep Islam rahmatan lil alamin.
Amanah. Progresif. Peduli.
Tn Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi
Parti Amanah Negara (Amanah)
Negeri Selangor
6hb November 2016.

Presiden AMANAH hadir ke Mahkamah Rayuan pagi tadi bagi menyatakan solidariti kepada aktivis Adam Adli yang didakwa di bawah akta hasutan.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena