Showing posts with label #BEBASANWAR. Show all posts
Showing posts with label #BEBASANWAR. Show all posts

Wednesday, 24 February 2016

Papan tanda #BEBASANWAR di Selangor, Pemuda Umno buat laporan polis.

Khamis, 25 Februari 2016
Pamer papan tanda #BEBASANWAR, Pemuda Umno buat laporan polis
Salah satu antara beberapa papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri Selangor. – Gambar Facebook, 24 Februari, 2016.
Salah satu antara beberapa papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri Selangor. – Gambar Facebook, 24 Februari, 2016. 

Ahli Exconya, Armand Azha Abu Hanifah, yang bertindak bagi pihak Pemuda Umno, berkata pemaparan papan tanda sedemikian secara jelas menunjukkan parti pembangkang tidak menghormati institusi mahkamah dan undang-undang, yang menentukan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah.
"Saya juga membuat laporan polis terhadap akhbar Selangor Kini kerana dipercayai membuat kenyataan mengelirukan iaitu Datuk Seri Anwar adalah tahanan politik namun sebaliknya kerana salah laku beliau terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Pengeluaran papan-papan tanda itu menunjukkan mereka menggunakan dana rakyat untuk kepentingan politik," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Damansara Utama di Petaling Jaya.
Isnin lepas, Umno Selangor membuat laporan berhubung perkara yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.
Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar.
Katanya papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan 'Bebas Rakyat, Bebas Anwar' itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor, antaranya Ampang Jaya, Kepong dan Rawang. – Bernama, 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pamer-papan-tanda-bebasanwar-pemuda-umno-buat-laporan-polis#sthash.q0IoN6Y3.dpuf
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena